20 Sebab Kenapa Lelaki Tak Nak Kahwin



1.”Duit lum cukup lagi”.
Pompuan mana tahu susahnya laki nak kumpul duit nak bayar mas kawin le? hantaran la. Dah tu mas kawin & hantaran tu letak tinggi mengalahkan artis. Cam nak jual anak jer. Kita makan megi jer nak kumpul duit tu bukannya pompuan tau. Megi pun dah nak naik harga!
 2. “Nak beli kereta dulu baru nak kahwin”.Takde keta pompuan pun pandang kita sebelah mata jer . Pompuan karang ni mana yang tahan turun naik bas? Jatuh standard kalau naik bas tu.. .
3. “Susah la nak cari yang berkenan dihati”.
Memang susah pun. Pompuan sekarang ini ?da duit abangku saying, takde pitis sayangpun abis!
4.”Tak datang seru lagi kot”.
Awek pun tak de lagi? camana nak kahwin.
5.”Banyak sangat halangan”.
Banyak sangatla procedure karang ni. Nak kena masuk kursus le. Ujian HIV le. Pastu ada keluarga si dia tak sukakan kita. Nak ajak kawin kat Siam dia tak nak!

6.”Belum bersedia la”.

Nak pikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga ini amat berat. Pompuan apa tau! Karang ni tanggungjawab terhadap diri sendiri lagi pun belum terlaksana.

7. “Ilmu tak cukup la”.

Ilmu batin tu memang la dah cukup sejak dapat ?impi basah? yang pertama tu kita dah expert. Tapi ilmu rumahtangga?oal-soal pompuan belum khatam lagi. Kang rumahtangga huru-hara.. orang salahkan kita gak!


 8.“Kahwin nanti tentu susah nak kena tanggung keluarga lagi, Kalau dapat isteri yang 2 x 5 je.Kena bimbing pulak lepas tu nak kena tanggung semua dosa isteri, dosa sendiri tak tertanggung ni pulak nak tanggung dosa isteri”
. Berat tanggungjawab ni. Bukan senang yang pikul dosa orang. Dosa sendiri pun tak terpikul.
Kalau dapat isteri yang memahami tu ok gak.
 9.”Dah mencubalah tapi telah dikecewakan”.
Pompuan memang suka mengecewakan lelaki. Pantang nampak laki kaya jer? tak kira ler laki orang ker?.duda orang ker? terus tinggalkan kita.

10.”Banyak perkara nak kena fikirkan terlebih dahulu la”.
Memang banyak .. Tangungjawab lelaki ni lebih besar. Pompuan semua laki yang tanggung. Belum kawin bapa & saudara lelaki yang tanggung. Dah kawin, suami lak tanggung.
11.”Jodoh tak sampai lagi kot”.
Dah berusaha tapi asyik kena reject jer. Tah apa yang pompuan dok cari tu !!
12.”Perempuan nie peliklah kalau dia suka kat kita tapi tak habih2 nak merajuk dan marah macam kita nie suka sangat” . Pompuan ini sikit-sikit majuk. Anak kucing dia ilang sehari pun dia majuk. Macam la kita yang curik anak kucing dia tu. Dah tu nak pujuk kena beli hadiah , bawa jejalan, makan-makan?.abis tu bila duit kita nak cukup untuk kawin!
13. “Dah bagitau dah, nie kita suka dan nie kita tak suka, tapi masih dia buat juga yang kita tak suka”.
Pompuan selalu suka buat apa yang kita tak suka. Macam mana kita boleh tahan kalau kawin nanti!! 
14.”Saya takut la nak bercinta nanti terluka susah la”.
Sebenarnya dah memang terluka. Cuma pompuan jer buat tak tau!!
15.”Dia nie suka pasang ramai org sangat”.
Haah? dia banyak kekawan lelaki. Kita ni duk lam waiting list dia jer. 
16. “Dia memang banyak helahlah kejap suka kejap tidak”.
Pompuan memang camtu.. 
17. “Nak carik yang solehah lah”.
Dah jumpa tapi dah berpunya?.Takkan nak rampas orang punya kot.
18. “Masalah la”.
Pompuan suka menjadikan masalah kecil menjadi besar.
19. “Nak sambung belajarlah awek saya tu ader master atau phd malu la”.
Takkan kita yang ada SPM ni jer nak terhengeh awek tu. Siang-siang lagi mak bapa dia dah reject. 
20. “Saya suka sangat kat dia, tapi dia tak suka kat saya”
. Pompuan suka bermain-main ngan hati lelaki yang suka kat dia.

Kos Kahwin Hanya RM 5253 Je, Tak Percaya? Jom Baca Tips Kahwin Bajet Wanita Ini



Setiap pasangan yang bakal mendirikan rumahtangga semestinya mengimpikan majlis yang indah dan meriah. Tapi dengan keadaan ekonomi sekarang ni majlis yang gilang gemilang mestilah melibatkan kos yang gilang gemilang juga. Jadi bajet perkahwinan tu sangat penting dan sebolehnya biarlah mengikut kemampuan. Yang penting korang dan pasangan akhirnya dapat disatukan.
Percaya tak pasangan ni belanja hanya RM 5253 untuk majlis kahwin yang simple tapi meriah. Weh biar betul? Tak semestinya ‘grand’ baru boleh kahwin, jom baca tips kahwin bajet dari wanita ni.

Pelamin DIY – RM 648


Alhamdulillah dah hampir sebulan bergelar isteri. Minta maaf kalau ada kawan-kawan di fb yang tak dijemput sebab majlis buat sederhana je. Alhamdulillah even simple tapi majlis meriah je dan yang paling best sebab duit dalam bank pun tak banyak keluar. Buat yang nak kahwin tapi kewangan korang agak gawat, so macam tak mengizinkan untuk buat mewah-mewah tu bolehlah try bajet sy ni. :)
BISMILLAH..
1. Pelamin DIY
•Jet set dgn kerusi pinjam maklang punya •Kain tirai – RM 50
•Karpet besar – RM 500 (blh reuse)
•Bunga IKEA – RM 80
•Fiber untuk bantal – RM18 (blh buat 4 bantal)

Baju pengantin lelaki – RM 120

2. Baju pengantin
•Baju melayu suami (Gene Martino) – RM 120
•Baju sy – pinjam baju cousin
•Veil – sewa

Goodies bag (bunga telur, kuih bahulu & gula-gula) – RM 455

 3. Goodie bags
• 300 bunga telur – RM300
• 300 Paperbag – RM RN75
• Kuih Bahulu – maksu Rokiah Ismail sponsor (Sodap)
• Gula-gula untuk budak2 – RM80

Makan, make up pengantin, khemah & perabut bilik – RM 4030



 4. Lain-lain
•Brg-brg macam stapler,riben, bunga tangan diy dll- RM RM130
•Makan – RM 2000 (orang kampung gotong royong)
•4 Kemah RM800
•Inai – Maklang sponsor
•Hantaran – Quran, Kek dan buah (up to u nak beli kuantiti)
• MUA by ILa Hanan RM 300. Cantik sangat.
• Perabot untuk bilik RM800
• Photoshoot – minta abang saudara Wanmohdramzi B. Wanputeh je tolong. Nanti belanja makan. Hihi.

Total RM 5253 sahaja

So total RM 5253 Sahaja. Standard ekonomi sekaranglah.
Apa-apa pun semuanya akan jadi senang. Ramai je akan tolong nanti jadi janganlah risau sangat kalau nak buat benda baik. Yang penting niat, doa, tawakal, barakah, bahagia dan sweet. :)
Dikesempatan tu juga sy nak ucap terima kasih pada semua yang banyak tolong sy dan keluarga especially saudara mara dan orang2 kampung. Terima kasih banyak2 ye… hihihi!
sumber: Noor Tulus



Sejauh Manakah Kita Dapat Kekal Untuk Setia? Apa Jaminan Untuk Setia?




" Dulu awak janji untuk selamanya mencintai saya.
Selamanya berada di sisi saya di waktu girang dan getir. Awak janji pada saya untuk selamanya setia.
Hari ini kenapa awak berubah.. Mana janji dulu?
Mengapa terlalu mudah awak lupakan janji-janji awak pada saya? Apa salah saya? Apa dosa saya?!”
Setia. Sejauh mana kita setia?
Untuk apa kita setia? Pada siapa kita lakarkan sebuah janji setia?
Bagaimana untuk setia? Pada ketika bila kita harus setia?
Dan…
.. siapa yang dapat memberi jaminan tentang sebuah kesetiaan yang dijanjikan pada kita?

Manusia: makhluk yang sukar untuk setia

Melihat sahaja ketampanan anak angkatnya nabi Allah Yusuf a.s, Zulaikha terpana lalu gugur setianya.
Sepenuh jiwa diberi kepada Yusuf.
Lalu bila cintanya ditolak, sakit hatinya bukan kepalang. Disuruhnya Yusuf dihumban ke penjara.
Siapa yang melafazkan hukum? Ya! Sultan al-Aziz, suaminya Zulaikha.
Apakah dia tidak tahu Zulaikha mencuranginya? Apakah dia tidak berasa curiga pada isterinya?
Atas rasa cinta dan setianya pada Zulaikha al-Aziz tidak melafazkan talak. Tidak pula membuang Zulaikha.
Namun adakah ini adil buat si al-Aziz?
Setianya dipersia Zulaikha sehingga ke akhir hayatnya.
Kisah Nuh yang sedaya upaya setia pada isterinya namun akhirnya dia tidak merasa nikmat berada di atas bahtera besarnya bersama isteri tersayang.
Sebaliknya, bahtera cinta yang dibina hancur ditelan bah.
Ini bukan sahaja kisah Si cantik Zulaikha dan nabi Allah Nuh a.s tapi ia benar-benar berlaku pada norma hidup kita.
Banyak lagi kisah-kisah masyarakat yang berkisar tentang kesetiaan, tentang kecurangan.
Bagaimana untuk aku setia jika aku tidak mencintai dia? Apa kau rasa mudah untuk aku melupakan cinta aku yang dulu dan begitu sahaja aku menerima suratan hidup? Aku tidak mencintai jodohku. Bukan salah aku berlaku curang!’
Lantas, hati terbahagi dua.
Satu untuk si isteri atau suami dan satu lagi untuk cinta hati.
Jika si isteri tidak memberi izin bernikah lagi, ibaratnya seperti menyediakan mereka ruang untuk meluaskan maksiat.
Akhirnya setia lemas dalam air mata.
Adakah ini adil pada yang setia?
Aku dahulunya benar-benar cinta padanya. Lalu kami bernikah atas rasa suka sama suka. Namun setelah lama kami menjalani hidup bersama, hati aku mula tidak serasi dengannya. Aku jemu. Kemudian, aku menemui cinta baru. Dan aku tidak lagi dapat setia padanya.’
Sekali lagi setia dijarah.
Atas apakah setia dapat dijamin? Cinta? Paras rupa? Wang ringgit?
Sekali lagi, apakah ini adil pada yang setia? Jadi, bagaimana untuk setia?
Setiap manusia adalah sama.
Tidak kira sama ada nabi, wali, ulama’, ustaz, pemerintah, pembesar, jutawan, saudagar mahupun gelandangan dan pengemis jalanan.
Yang membezakan kita adalah iman. Iman yang akan menjaga setia.
Tapi bagaimana?

Setiap orang punya cinta dan berkeinginan untuk dicinta dan mencinta.

Rasa untuk memiliki dan dimiliki oleh dia (dan hanya dia) yang kita cinta. Dan setiap dari kita pasti pernah miliki rasa ingin curang dan ingin sekali mengikut desak hati.
Namun iman membatasi. Apabila kita sedar bahawa itu hanya nafsu.
Yang terlihat seperti miraj di bawah terik mentari pada ketika jiwa sedang gersangkan dan hauskan cinta manusia yang didamba.
Yang puasnya tiada penghujung ibarat meneguk air laut yang masin.

Berdoalah. Kadang kala Allah tidak meminta kita memikirkan jalan keluar sehingga penat.

Dia hanya mahu kita sabar dan solat (berdoa).
Semoga kita dan dia yang kita cintai sentiasa dibekalan iman di hati.
Hanya dengan iman kita akan berbeda daripada mereka. Hanya dengan iman setia akan selalu mengundang mawadah dan sakinah sebuah hubungan.
Namun, ketahuilah, bahawa iman harus sentiasa diperbahuri hari demi hari di dalam doa, di dalam sujud dan di dalam bisik hati yang hanya Allah yang tahu.
Dan usah kikir untuk berdoa agar Allah sentiasa menjagakan dia untuk kita.
Semoga pada yang setia itu sentiasa dilimpahi rahmah Allah S.W.T.
Ya Allah aku mencintai dia. Namun aku tiada daya upaya kecuali dengan pertolongan-Mu. Hanya pada Engkau aku bermohon. Jagakan dia untukku.”

Kami Kahwin Lambat

*Ini status yang sangat panjang.
Ya, jika diukur menggunakan neraca masyarakat melayu dan muslim di Malaysia, kami boleh dikategorikan sebagai pasangan yang lambat kahwin.
Masing-masing dah umur 30 baru menikah.
Bahkan, kebanyakan (bukan semua) kawan-kawan rapat yang seusia kami sekarang ni ada yang dah mula nak daftar anak masuk darjah satu dah pun.
Kiranya, memang kami ni lambat kahwin la.
Ceritanya, kami suatu masa dulu memang saling kenal mengenali. Bahkan memang 'rapat' waktu di kampus dulu.
Kami pernah ditaqdimkan melalui jalan Baitul Muslim di hadapan Dr Yusnan dulu. Pian dan Izzatie yang aturkan. Budak-budak jemaah tahu lah apa benda taqdim, baitul muslim semua ni. Siap kena isi and sain borang lagi tau! Hu.
Tapi, bak kata Zamani; "ku sangkakan panas berpanjangan, rupanya gerimis mengundang".
Habis belajar, saya pun dah mula bekerja, saya rasa waktu tu kami dah makin tak sehaluan.
Pendek cerita, akhirnya, saya cadangkan kepada dia untuk kami berhenti setakat itu. Saya kata kat dia: "kita tak berjodoh" , "nti akan dapat yang lebih baik insyaAllah" , "percaya pada taqdir Allah" dan macam-macam lagi. πŸ˜’
Bermula dari saat itu, kami berpisah. Saya dengan kehidupan saya. Dia dengan kehidupan dia.
Kami tidak berhubung. Kami tidak bersapa. Dan kami langsung tidak berjumpa atau terjumpa antara satu sama lain. Langsung!
Ada la juga sesekali terdengar dari jauh tentang keadaan dia yang agak teruk - sakit, pelajaran terjejas dan beberapa yang lain. Hmm.. πŸ˜ž
Sehingga lah 5 tahun selepas tu, sekitar hujung bulan Februari tahun ni, cerita kami bermula kembali.
Ayah, Mama, Ayong dan lain-lain kembali menyebut nama Fazilah Hussein. Hem.
Dipendekkan lagi ceritanya, lepas buat istikharah, istisyarah dan sebagainya, saya bulatkan hati, demi agama dan demi sunnah Rasulullah saw, saya minta mereka arrangekan apa yang patut.
19 Mac 2016, kami bertunang. And, 4 bulan lepas tu, atau secara tepatnya pada 8 Julai 2016, kami nikah and kahwin.
Kalau nak cerita versi yang panjang dan menyeluruh, memang sangat banyak drama dan tak cukup ruang dalam fb ni.
Saya pun pernah hilang percaya pada cinta dan perempuan. Cehh. Dia pun pernah lalu fasa macam tu juga rasanya.
Tapi, tu lah. Taqdir Allah adalah rahsia yang paling indah, dan perancangan Allah adalah hadiah yang paling sempurna. Kan? πŸ˜Š
Satu perkara yang saya selalu pegang dan akan terus pegang:
JUST GO WITH THE FLOW.
Allah takkan bagi benda buruk kepada hambaNya yang beriman. Bahkan, yang buruk pada mata kita sebenarnya adalah yang paling baik di mata Allah, PERCAYALAH.
Orang akan tanya, kenapa saya tulis panjang-panjang macam ni kat fb? Bukan best pun cerita saya nak kongsi-kongsi kat orang.
Jawapan saya, saya tulis panjang-panjang ni hari ni, bukan untuk orang lain, tapi sebenarnya untuk DIRI SAYA SENDIRI.
Orang kata, dalam kehidupan berumahtangga ni ada banyak episod yang kita kena tempuh. Ada pasang dan ada surutnya.
So, saya nak cerita ni terus abadi kat timeline fb saya ni, supaya, bila ada episod-episod baru yang muncul esok, lusa atau 10, 20 tahun akan datang, saya akan sentiasa ingat dan diingatkan tentang episod 1 kisah cinta saya yang tercoret dalam tulisan panjang ni.
Dan, satu lagi, kalau korang baca balik kat atas, saya yang banyak buat tak tentu hala sebelum ni sehingga perkahwinan kami tergendala ke usia 30. Hu.
So, saya nak sentiasa ingat dan diingatkan supaya saya tidak lagi beri kesakitan dan keperitan yang pernah saya bagi dulu kat dia, saya, Mama, Ayah, Wan dan seluruh ahli keluarga saya.
Sekarang ni, tentang anak, harta, kerjaya bahkan tentang kehidupan yang mendatang, saya masih lagi berpegang pada premis yang sama;
JUST GO WITH FLOW. InsyaAllah, everything will be fine and perfect.
Terkahir, untuk kawan-kawan yang masih belum bertemu jodoh,
seriously, don't worry. Just go with the flow. Keep a strong faith in HIM and HE will certainly give the BEST for you, insyaAllah.
Tolong doakan kami juga ye.

"Bila Dah Bertunang, Elakkan Sifat Mencari 'Yang Lebih Baik'," Nasihat Ustaz Kepada Pasangan Bertunang

Sudah menjadi adat orang bertunangm dilihat sungguh mempunyai pelbagai dugaan, dari luaran bahkan dari diri sendiri.
Ada antara yang terjadi kerana cemburu, dikatakan lebih kuat cemburu berbanding sebelum bertunang, bahkan ada juga yang buat 'u-turn' pada saat akhir dek kerana kebali kepada kekasih lama atau terjumpa dengan yang lebih baik.
Seorang lelaki melalui laman Facebooknya telah mengupas hal ini di mana beliau menyampaikan nasihat kepada pasangan yang bertunang.
Jom kita baca coretan berliau.


"Bila dah bertunang, bila awak dah buat satu ikatan (perjanjian) dengan seseorang, tak kisahlah sama ada satu tika dulu, dia yang datang approach awak dulu, atau awak yang datang approach dia dulu, jangan mudah pandang atau jatuh hati pada orang lain. Pejam mata, fokuskan hati dan mata hanya pada satu insan sahaja"
Kami serentak menoleh.
"Apa maksud ustaz?" seorang dari kami bertanya.
"Dugaan bertunang ni lain. Tak sama kalau awak bercouple saja - saja tu. Dulu, kalau sekadar bercinta, dugaan dia tak besar mana. Balik - balik awak akan bergaduh berdua je. Gaduh - gaduh, esok lusa baik semula. Lepas tu jadi balik. Macam itulah. Tapi bila mana dah bertunang, dugaan dan ujian yang datang tu lain macam sikit. Kebiasaannya mesti melibatkan orang yang ketiga"
Kami terdiam.
"Perasan tak, dulu duduk sorang - sorang, tak ada orang nak kenal, sekarang ni duduk je dekat restoran ke mana - manalah, dan - dan macam drama dalam tv, tetiba je ada orang nak kenal lah. Masa nak bayar bil, tiba - tiba kena sapalah, ada orang senyum lah, masa tu lah, syaitan akan main peranan. Depa akan bisik.
"Perempuan ni lagi baik dari tunang hang"
"Kau tengok dia ni, sopan je, cantik pulak tu. Inikan perempuan yang kau cari"
"Masih ada masa lagi nak patah balik. Sekaranglah. Sure, tak akan menyesal"
"Cuba dulu, mana tahu berkenan. Kalau tak berkenan, tak ada masalah"

Ustaz tiba tiba berhenti. Kami masih menanti dengan penuh minat.

Sewa Dulang Hantaran

"Cekalkan hati kalian. Jangan mudah berpaling. Memang betul, orang yang awak semua akan nampak tu akan jauh lebih baik daripada apa yang awak ada ketika itu. Tapi bukan ke tugas seorang lelaki ni adalah memimpin. Memimpin isteri dan anak - anak menjadi lebih baik. Kalau mereka tak pakai tudung, ajarkan supaya mereka pandai. Kalau mereka tak tahu bab agama, ajarkan sampai mereka faham"
"Bukankah kita juga bermula dari kosong satu tika dulu, Jadi kenapa perlu mencari yang sudah sempurna, sedangkan kita masih punya harapan untuk mengubah sesuatu menjadi sempurna"
"Masa dah bertunang ni, buanglah segala perangai lama yang tak elok tu. Kita nak dirikan masjid. Sebelum kita melangkah masuk ke dalam masjid tu, kita kena pastikan diri kita ni bersih, suci. Kalau boleh tak ada pun sedikit titik hitam dalam hati. Barulah Allah redha"
Kami mengangguk perlahan.
"Apa pun, jangan suka sangat pegang hati awak erat - erat. Serahkanlah pada tuhan. Dia pegang, dia akan jaga hati awak baik - baik. Bukan kah dia yang menentukan soal jodoh, soal kematian, dan soal apa pun asbab terjadinya sesuatu dalam hidup awak. Serahkanlah pada dia. Dia tahu mana yang terbaik untuk awak, dan seluruh kehidupan awak. Suka seseorang tu jangan suka sangat. Boleh jadi kita rasa dia baik untuk kita, tapi sebenarnya belum tentu"
"Istikharahlah
"Tuhan pasti akan beri yang terbaik untuk seluruh kehidupan awak"
Saya terdiam lama.
"Ya, inshaAllah. Moga Allah redha"
Syafiq Ridhwan
Gambar Asal : Alif Akmal Ishak

Pada Akhirnya, Semua Yang Mengatakan Sayang Akan Kalah Pada Yang Berani Masuk Meminang

Sebagai wanita, kita pasti akan tersipu malu jika ada lelaki yang mengatakan sayang dan cinta. Tidak diragukan lagi, setiap wanita suka pujian. Setiap wanita bahagia apabila dicintai dan disanjung, faktanya memang begitu. Tapi wanita juga selalu ingin kepastian dan kejelasan.
Mendapat balasan cinta dari orang yang kita suka memang sangat membahagiakan. Kita pula mula berangan-angan untuk dapat menghabiskan sisa masa kita bersamanya. Kita ingin selalu berada di sisinya, sentiasa ada di sisinya.
Tapi cinta juga memerlukan bukti dan tanggungjawab bukan hanya selalu mengatakan sayang tapi tak pernah ada keberanian untuk memilikimu seutuhnya. Ini membuat hati rasa sakit bila sudah menjalin hubungan lama tapi tak juga melamar. Awalnya boleh lagi bersabar, berfikiran positif, tapi lama-lama penat juga, bukan?
 Pada akhirnya, semua yang mengatakan sayang akan kalah pada yang berani masuk meminang

1. Lelaki yang berani meminang membuktikan kesungguhan cintanya

Perlu keberanian lebih bagi seorang lelaki untuk meminang wanita yang dicintainya. Apabila lelaki sudah berani meminang, itu tandanya dia benar-benar mencintai kekasih hatinya bersungguh-sungguh. Keberanian inilah yang boleh membuat hati wanita cair. Wanita akan rasa dihargai kerana seseorang berani memperjuangkan dirinya.

2. Lelaki yang berani meminang sudah tahu tanggungjawabnya

Cinta tanpa tanggungjawab? Pasti tidak akan bertahan lama. Lelaki yang berani meminang sudah tahu tanggungjawabnya. Dia sedar betul keputusannya untuk meminang bukanlah keputusan yang main-main. Ada tanggungjawab besar di sebaliknya dan dia bersedia untuk itu.

3. Lelaki yang berani meminang tak main-main dengan cintanya

Terlalu kerap mengalami jatuh bangun cinta dengan lelaki yang salah? Anda pernah mempunyai pengalaman buruk dipermainkan oleh lelaki yang tak bertanggungjawab? Katanya sayang? Luah rasa cinta? Tapi masih suka mengingkar janji? Hm, lelaki seperti itu pasti hanya bermain-main dengan cintanya.
Lelaki yang berani meminang, di mata wanita, adalah lelaki yang paling berani. Ketika seorang lelaki sudah sungguh-sungguh mengutarakan hasratnya untuk meminangmu, anda tak boleh lagi bermain-main dengan cintanya.
Jadi, adakah kamu setuju jika semua yang mengatakan sayang pada akhirnya akan kalah dengan yang berani meminang?
Sumber : Aliffchannel.com
Photo Asal : Amex photography



‘Bila Dah Bertunang, Tak Payah Nak Usha Orang Lain Lagi’

“Bila dah bertunang, bila awak dah buat satu ikatan (perjanjian) dengan seseorang, tak kisahlah sama ada satu tika dulu, dia yang datang approach awak dulu, atau awak yang datang approach dia dulu, jangan mudah pandang atau jatuh hati pada orang lain. Pejam mata, fokuskan hati dan mata hanya pada satu insan sahaja”

Kami serentak menoleh.
“Apa maksud ustaz?” seorang dari kami bertanya.
“Dugaan bertunang ni lain. Tak sama kalau awak bercouple saja – saja tu. Dulu, kalau sekadar bercinta, dugaan dia tak besar mana. Balik – balik awak akan bergaduh berdua je. Gaduh – gaduh, esok lusa baik semula. Lepas tu jadi balik. Macam itulah. Tapi bila mana dah bertunang, dugaan dan ujian yang datang tu lain macam sikit. Kebiasaannya mesti melibatkan orang yang ketiga”
Kami terdiam.
“Perasan tak, dulu duduk sorang – sorang, tak ada orang nak kenal, sekarang ni duduk je dekat restoran ke mana – manalah, dan – dan macam drama dalam tv, tetiba je ada orang nak kenal lah. Masa nak bayar bil, tiba – tiba kena sapalah, ada orang senyum lah, masa tu lah, syaitan akan main peranan. Depa akan bisik.
“Perempuan ni lagi baik dari tunang hang”
“Kau tengok dia ni, sopan je, cantik pulak tu. Inikan perempuan yang kau cari”
“Masih ada masa lagi nak patah balik. Sekaranglah. Sure, tak akan menyesal”
“Cuba dulu, mana tahu berkenan. Kalau tak berkenan, tak ada masalah”
Ustaz tiba tiba berhenti. Kami masih menanti dengan penuh minat.
“Cekalkan hati kalian. Jangan mudah berpaling. Memang betul, orang yang awak semua akan nampak tu akan jauh lebih baik daripada apa yang awak ada ketika itu. Tapi bukan ke tugas seorang lelaki ni adalah memimpin. Memimpin isteri dan anak – anak menjadi lebih baik. Kalau mereka tak pakai tudung, ajarkan supaya mereka pandai. Kalau mereka tak tahu bab agama, ajarkan sampai mereka faham”
“Bukankah kita juga bermula dari kosong satu tika dulu, Jadi kenapa perlu mencari yang sudah sempurna, sedangkan kita masih punya harapan untuk mengubah sesuatu menjadi sempurna”
“Masa dah bertunang ni, buanglah segala perangai lama yang tak elok tu. Kita nak dirikan masjid. Sebelum kita melangkah masuk ke dalam masjid tu, kita kena pastikan diri kita ni bersih, suci. Kalau boleh tak ada pun sedikit titik hitam dalam hati. Barulah Allah redha”
Kami mengangguk perlahan.
“Apa pun, jangan suka sangat pegang hati awak erat – erat. Serahkanlah pada tuhan. Dia pegang, dia akan jaga hati awak baik – baik. Bukan kah dia yang menentukan soal jodoh, soal kematian, dan soal apa pun asbab terjadinya sesuatu dalam hidup awak. Serahkanlah pada dia. Dia tahu mana yang terbaik untuk awak, dan seluruh kehidupan awak. Suka seseorang tu jangan suka sangat. Boleh jadi kita rasa dia baik untuk kita, tapi sebenarnya belum tentu”
“Istikharahlah”
“Tuhan pasti akan beri yang terbaik untuk seluruh kehidupan awak”
Saya terdiam lama.
“Ya, inshaAllah. Moga Allah redha”
Sumber : Syafiq Ridhwan

Inilah aku. Untuk menjadi aku dan hidup sebagai aku kerana aku adalah aku

Tak perlu nak ikut cara dan cuba menjadi orang lain dan berusaha tiru seperti mereka. Jauh lebih baik kita jadi diri kita sendiri.

Jadilah diri kita sendiri. Tidak ada gunanya kita menjadi orang lain. Sadar bahwakita ini istimewa. Tuhan membuat kita semua istimewa. Ada kelebihan dan ada kekurangan. Kelebihan tidak membuat kita menjadi sombong. Kekurangan jangan membuat kita menjadi down dan selalu berusaha menjadi seperti orang lain. Jadilah diri kita sendiri. Kekurangan dan kelebihan kita gunakan untuk saling melengkapi, kerana dengan itu hidup ini menjadi INDAH.

Inilah aku. Untuk menjadi aku dan hidup sebagai aku kerana aku adalah aku



Adakah Anda Masih Belum Bertemu JODOH?