Pesanan untuk wanita :Carilah Untukmu Seorang Imam


MENCARI SEORANG IMAM



Tak kacak tak apa, sebab lelaki memimpin bukan dengan kekacakan.
Tak kaya tak apa, sebab kekayaan bukan asbab hebatnya kepimpinan.
Ada lelaki rupanya tidak kacak, kulitnya gelap tetapi penampilannya kemas dan kefahaman agamanya cukup baik.
Namun ada ramai juga lelaki yang kacak, tetapi rambutnya panjang tidak terurus, pakaiannya selekeh dan tidak langsung menggambarkan ciri-ciri seorang pemuda Islam. Kefahaman agama dianggap perkara remeh.
Saya sebutkan ini kerana saya kira, memilih seorang imam tidak mudah.
Mungkin ramai wanita akan bertanya, bagaimana mahu memastikan dia seorang imam yang baik?
Ada yang merasakan lelaki kaki masjid itu terbaik sebagai imam.
Ada yang merasakan lelaki pandai bertazkirah agama itu terbaik sebagai imam.
Ada juga yang merasakan lelaki ‘berpengajian agama’ itu paling baik sebagai imam.
Saya geleng kepala.
Sungguh. Ia susah kerana sebagai manusia, kita hanya penilai zahiriah sedangkan batiniahnya, hanya Allah yang tahu.
Pun begitu, saya suka mencadangkan.
Sebagai wanita, anda diberi satu tempoh yang istimewa sebelum anda sah bergelar isteri kepada seorang lelaki. Tempoh itu dinamakan tempoh ‘suai-kenal’ atau istilah rasminya , bertunang.
Ramai orang tidak menggunakan tempoh ini sebaik mungkin. Ada yang belum apa-apa, sudah meletakkan ‘sepenuh ketaatan’ kepada si tunang. Ada yang melayan borak siang malam sampailah kepada bertemu di taman dan tengok wayang.
Jangan tiru tabiat-tabiat seperti itu. Bukan sahaja agama mengatakan ia sebagai tidak baik, bahkan akal juga mengatakan demikian.

MANFAATKAN TEMPOH BERTUNANG UNTUK MENGUJI IMAM
Itulah satu-satunya tempoh terbaik untuk anda menguji sejauh mana si lelaki mampu menjadi imam kepada anda nanti.
Menguji itu tidak salah. Gunalah pelbagai method yang ada. Jangan mengintip dia di bilik tidur sudah.
Antara method yang mungkin anda boleh gunakan adalah, method perbincangan.
Jangan lupa, waktu berbincang itu, antara anda dan dia bukan suami isteri. Justeru, tidak ada ‘kewajipan’ sebagai isteri yang perlu anda tunaikan di ketika itu. Demand anda masih tinggi. Anda masih boleh mengatakan ‘tidak’ kepada dia jika tidak kena caranya.
Method berbincang, jika kena caranya, boleh memberi gambaran yang baik adakah si lelaki sudah menepati ciri-ciri seorang imam ataupun tidak.
Malangnya, method perbincangan ini tidak banyak digunakan dengan betul. Antara sebab utamanya adalah, sudah jatuh hati dan berpendapat, tiada jalan untuk berpatah balik melainkan meneruskan perkahwinan, biarpun tersingkap seribu kekurangan.
Tanpa sedar, ia mencacatkan hikmah sebuah pertunangan.

ASALKAN DIA BAIK ?
Biarlah dia tidak pandai agama pun, asalkan dia baik. Dia sayang saya, prihatin dan saya yakin dia mampu membahagiakan saya.
Alhamdulillah, anda telah menemui seorang lelaki yang baik.
Tetapi kita di sini tidaklah bercakap perihal baik atau tidak.
Sama juga dengan soalan skeptik : habis, orang tutup aurat semua baiklah?
Ustaz Azhar Idrus jawab : belum tentu, tapi orang yang baik mestilah akan menutup aurat.
Ini pun serupa. Bukanlah lelaki yang meremehkan soal agama itu tidak baik, tetapi seorang lelaki yang baik pastilah tidak akan meremehkan soal agama.
Dia pastilah seorang lelaki yang benar-benar mempunyai ciri-ciri seorang imam.
Nah, carilah lelaki jenis itu sebagai suami. Lelaki yang mampu menjadi imam, dalam dan luar solatmu.
Lelaki yang bertegas denganmu dalam hal-hal agama, dan berlembut denganmu dalam hal-hal dunia.
Bukankah dirimu mahukan perkahwinan itu sampai ke syurga? Bagaimana mungkin seorang lelaki yang tidak tahu jalan ke syurga boleh membimbingmu untuk sampai ke sana?
Buatlah pilihan dengan bijak.
Carilah untuk dirimu seorang IMAM, bukan semata-mata seorang jejaka.

#TAUTAK? - Disebalik Simbolik Avatar Coklat "Solidarity With Palestinian Prisoners On Hunger Strike"

TAOTAUAJER - Sekarang ni di facebook tengah rancak dengan penukaran default picture menggunakan avatar"Solidarity with the Palestinian Prisoners on Hunger Strike" adalah sebagai tanda sokongan kita terhadap tahanan Palestin yang sedang mogok lapar di penjara Israel.

Dan ada orang yang mempersoalkan apa manfaat yang diperolehi dengan menukar avatar tersebut. Tidak kurang ada jugak yang memperlekehkannya. 






Sebelum ini, adakah anda ambil kisah mengenai Hari Nakbah dan mogok lapar di Palestin? Apabila melihat ramai rakan-rakan facebook anda menukar avatar tersebut, pasti anda akan tertanya-tanya apakebenda tu? apakehal yang terjadi sekarang ni? Yaa.. Sekurang-kurangnya sekarang anda dah tahu. It's called awareness!

Simbolik Penukaran Default Picture (DP) ialah :



1. Gambar di atas adalah simbolik kepada tahanan Palestine yang dipenjara.

2. Coklat adalah warna pakaian yang dikuatkuasakan oleh Perkhidmatan Penjara Israel ke atas tahanan Palestin.

3. Logo di sebelah kanan bermaksud "Shabas" dan ia adalah singkatan bagi Perkhidmatan Penjara Israel.

4. Tujuan kita menukar DP menggunakan avatar tersebut adalah untuk memberi kesedaran dan peringatan kepada orang ramai tentang nasib saudara Islam kita yang kini sedang dipenjara di Israel dan sedang mogok lapar. Kalau korang nak tau ini adalah Mogok lapar terbesar dalam sejarah. #Fakta

5. Memang benar penukaran DP ini tidak dapat membantu mereka secara langsung. Tapi yang pastinya akan membuat semua orang tahu apa yang sedang berlaku dan mungkin semua orang Islam akan mendoakan mereka. Doa adalah senjata kita sebagai umat Islam.

6. Anda tak tahukan pasal ni sebelum ni? Sekarang anda sudah tahu. Ini membuktikan motif penukaran DP kami telah berjaya mencapai matlamatnya.


Apa hukum mogok lapar?

Pilihan yang ada bagi seorang muslim untuk menentang kezaliman ialah puasa bukan mogok lapar. Mogok lapar adalah salah disisi syara' bagi ummat Islam. Akan tetapi, dalam hal mogok lapar oleh tahanan ummat Islam di dalam penjara Israel, Prof Dr. Yusuf al Qaradhawi ada menjelaskan :

“ Mereka adalah pejuang keadilan! Mogok (lapar) adalah hak mereka yang telah diiktiraf yang bertujuan untuk membongkar segala bentuk kezaliman dan kejahatan yang dilakukan ke atas mereka!
 Oleh itu menjadi kewajipan ke atas setiap orang Islam untuk memberikan sokongan padu kepada mereka mengikut kemampuan masing-masing samada secara sokongan aman, demontrasi atau sokongan moral termasuklah secara mogok lapar atau menghantar telegram dan mengeluarkan kenyataan rasmi untuk merasakan dan menzahirkan bahawa kita adalah senantiasa bersama-sama dengan mereka!"
Jadi, mogok lapar dibolehkan dalam hal tersebut kerana mogok lapar mungkin satu-satunya pilihan yang ada pada mereka disebabkan keterbatasan ruang dan keupayaan yang dimiliki oleh seorang tahanan untuk membebaskan dirinya. Hanya itu pilihan yang mereka ada bagi mendesak Israel membebaskan mereka sekaligus memberitahu dunia tentang kekejaman Israel laknatullah.







                                                             

kenapa hari ibu haram??



Mari kita singkap makna sebenar Hari Ibu / Mother’s Day menurut Wikipedia : “One school of thought claims this day emerged from a custom of mother worship in ancient Greece, which kept a festival to Cybele, a great mother of Greek gods. This festival was held around the Vernal Equinox around Asia Minor and eventually in Rome itself from the Ides of March (15 March) to 18 March. The ancient Romans also had another holiday, Matronalia, that was dedicated to Juno, though mothers were usually given gifts on this day. In some countries Mother’s Day began not as a celebration for individual mothers but rather for christians.”


Maksudnya di sini ialah bahawa hari ibu juga merupakan salah satu di antara perayaan yang disambut oleh orang kafir iaitu masyarakat yang beragama kristian. Greek kuno memanggilnya sebagai hari cybele iaitu ibu kepada dewa-dewa mereka. Dan Roman kuno pula meraikan hari matronalia sebagai tanda memperingati dewa juno iaitu mak kepada juventas, vulcan dan mars.

Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda : “Sesiapa sahaja yang menyerupai sesuatu kaum itu , maka dia itu termasuk di dalam golongan mereka”
[Hadits Sahih - diriwayatkan oleh Imam Abu Daud R.H dalam sunannya, Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam musnadnya Dan Imam as-Suyuti di dalam al-Jamie’ as-Shaghir, disahihkan oleh Al-Albani] wallahualam

Di dalam Islam, kita dituntut untuk menghormati ibu bapa kita setiap masa dan ketika. Bukannya hanya terhad kepada hari-hari tertentu sahaja seperti pada hari ibu atau hari bapa.

P/S: Dalam pada masyarakat ghairah menyambut Hari Ibu @ Bapa..berapa kali dalam seumur hidup kita menyatakan cinta,sayang,maaf,terima kasih kepada ibu bapa kita?fikir2kan lah..

Dalil Ustaz Azhar Idrus Dalam Menyambut Hari Ibu

 ustaz azhar idrus mengatakan haram sambut hari ibu kerana sejarah hari ibu disambut itu berasal dari sambutan kristian tanda penghormatan kepada Mother Of Churh iaitu ketua segala gereja
Ustaz azhar idrus juga menyatakan satu sabda nabi s.a.w yang bermaksud :
Kalian akan mengikuti adat tradisi umat sebelum kamu sejangkal demi sejengkal. Sehasta demi sehasta, sehingga sekiranya mereka masuk ke dalam lubang biawak (pun), kamu akan mengikutinya juga.
Para sahabat nabi bertanya:
Wahai Rasulullah, apakah mereka itu orang-orang yahudi dan Nasrani?
Jawab baginda Rasulullah: Kalau bukan mereka, siapa lagi?
(Hadis riwayat Abu Said al Khudri )



kenapa nak bertudung labuh???


Assalamualaikum


Minta maaf yer,saya mengangu nie saya nak hanya ingin meminta sedikit waktu kamu dan ingin minta pendapat kamu, kerana soalan ini menjadi isu sedangkan saya seorang lelaki untuk menjawabnya.. so saya mahukan dari pandangan kamu. Dan selepas itu muslimah itu pun bersetuju dan hanya ingin di kenali sebagai syuhadah..
Minta maaf saya bertanya nie “Kenapa awk perlu pakai tudung labuh ? Tak panas ke?


Jawab Syuhadah :. Sebenarnya, dulu soalan-soalan begini juga sering diajukan kepada saya oleh kaum kami sendiri dan lelaki juga bertanya tentang bertudung labuh.. Dan berkali menjawab bahawa "bila kita pakai tudung labuh, itu lebih selamat dan dapat melindungi kita dari pandangan lelaki dan ia juga dapat menutup aurat kita dgn lebih sempurna, dan Ahzab ayat 59 maksud dan tafsirannya ada menyatakan bahawa :

Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Wahai Nabi, katakan kpd isteri-isteri, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang mukmin, `hendaklah mereka melabuhkan jilbab ke seluruh tubuh mereka.. Yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali sebagai wanita baik agar mereka tidak diganggu."

ALHAMDULILLAH, sesungguhnya ALLAH itu Maha Mendengar setiap doa hamba-hambanya... Dulunya saya tak seperti ini, dah saya bertudung seperti wanita lain tapi bila saya melihat diri ini rasa satu kekosongan kerana pakai tudung kerana terpakse.Atas sokongan dari keluarga terutamanya mak ayah dan kawan-kawan membuatkan hati ini semakin berusaha untuk sentiasa bertudung labuh. ‘Tak kenal maka tak cinta’, itulah ungkapan yg sesuai bagi saya.. Sekarang saya sudah jatuh cinta dgn tudung labuh dan berharap semakin bertambahlah cinta saya kepada tudung labuh. InsyaALLAH~

Dan ramai juga yang menyindir syuhadah dengan berkata , “pakai je tudung labuh, perangai bukannya baik sgt pun”, kata-kata ini sering di lontarkan kepada wanita-wanita yang bertudung labuh.. Sedarkah semua bahwa setiap manusia biasa tak terlepas dari melakukan dosa.. Kami sedang berusaha untuk memperbaiki diri kami, doakan semoga kita semua dapat menjadikan srikandi Islam terdahulu.


Syuhadah rasa bila rasa bertudung labuh nie rasa selamat sebab sebelum nie ada seorang kawan syuhadah tempat adah kerja semasa cuti sem..mase tu dah beberapa hari tak berjumpa biasanya ada sahaja.risaukan keadaanya, Apabila dia muncul kembali, adah segera bertanya , dia menunjukan pipinya yang calar sambil bercerita dengan juraian air mata.Dua orang pemuda yang menunggang laju meragut beg tangannya. Dia ikut terseret. Ketika itu pula dia sedang mengandung dua bulan, Hampir – hampir keguguran . Kedua – dua lututnya terluka, pipi dan tangannya tercalar. Berdarah.

Dia memegang hujung tudung adah sambil menyimpulkan, “Jika akak memakai tudung labuh macam nie, tentu mereka tak Nampak beg tangan akak.” Kata – kata itu benar  – benar membuatkan adah berfikiran jauh. Barulah adah bersyukur kepada Allah s.w.t, kerana tidak pernah menjadi mangsa ragut. Baru adah sedar, Antara faktor – faktor yang menyelamatkanku adalah kerana beg tanganku sentiasa tersembunyi di bawah tudung labuh.


Semoga dgn bertudung labuh, ia boleh menjadi satu galakan untuk diri ini sentiasa memperbaiki diri dari semasa ke semasa kerana kita sering menjadi perhatian masyarakat sekeliling.. Jangan terlalu mengharapkan kesempurnaan dari kami kerana kami juga manusia biasa yg sedang memperbaiki diri untuk menjadi yg lebih baik walaupun tidak sempurna.. Tudung labuh adalah satu usaha mulia dlm mematuhi firman ALLAH yang mewajibkan setiap insan bergelar wanita yg baligh menutup aurat mereka.. Melindungi mahkota yg indah dari pandangan bukan muhrim..


“Jgn kau sangka labuh tudungku tanda alimnya diriku, aku juga seperti mu, masih mencari-cari segenap cahaya, buat menerangi sepanjang perjalanan.. kerana tudung ku ini bukan sekadar menutupi tetapi melindungi, jua mengingatkan diri ini, menjaga setiap gerak geri kerana akhlak itu bunga diri...

Apa yang adah kogsikan bukanlah ingin membuktikan bahawa adah seorang yang baik ..tak lah hanya ingin berkongsi cerita dan pedomon kepada semua.

 Dan acik bergitu menghormati wanita seperti ini :). Dan sampai sini dulu nanti kita story lagi ..bye bye ..adios :)


Read more: http://mywasabicinta.blogspot.com/2012/05/wajib-bace-kenapa-awak-perlu-pakai.html#ixzz1uXKDtAQQ

Wanita yang soleh

“Sesungguhnya dunia ini seluruhnya adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan 
dunia adalah wanita sholihah.” [HR. Ahmad 2/162]

Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita menerima gelaran solehah, dan seterusnya menerima pahala syurga yang penuh kenikmatan dari Allah s.w.t.


Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat iaitu :


1. Taat kepada Allah dan Rasul-Nya
2. Taat kepada suami


Perincian dari dua syarat di atas adalah sebagai berikut :


1. Taat kepada Allah dan Rasul-Nya


1. Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah s.w.t. ?


- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.
- Wajib menutup aurat
- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada mahram bersamanya
- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa
- Berbuat baik kepada ibu & bapa
- Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang
- Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa
- Bersikap baik terhadap tetangga


2. Taat kepada suami


- Memelihara kewajipan terhadap suami
- Sentiasa menyenangkan suami
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah
- Tidak bermasam muka di hadapan suami
- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
- Tidak keluar tanpa izin suami
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan & kecantikannya serta rumah tangga


Faktor Yang Merendahkan Martabat Wanita


Sebenarnya puncak rendahnya martabat wanita adalah dari faktor dalaman. Bukanlah faktor luaran atau yang berbentuk material sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh para pejuang hak-hak palsu wanita.


Faktor-faktor tersebut ialah:


1) Lupa mengingat Allah.


Kerana terlalu sibuk dengan tugas dan kegiatan luar atau memelihara anak-anak, maka tidak hairanlah jika banyak wanita yang tidak menyedari bahawa dirinya telah lalai dari mengingat Allah. Dan saat kelalaian ini pada hakikatnya merupakan saat yang paling berbahaya bagi diri mereka, di mana syaitan akan mengarahkan hawa nafsu agar memainkan peranannya.


Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23: ertinya:


" Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya."


Sabda Rasulullah s.a.w.: ertinya:
"Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang telah aku sampaikan." (Riwayat Tarmizi)


Mengingati Allah s.w.t. bukan saja dengan berzikir, tetapi termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu.


2) Mudah tertipu dengan keindahan dunia.


Keindahan dunia dan kemewahannya memang banyak menjebak wanita ke perangkapnya. Bukan itu saja, malahan syaitan dengan mudah memperalatkannya untuk menarik kaum lelaki agar sama-sama bergelumang dengan dosa dan noda. Tidak sedikit yang sanggup durhaka kepada Allah s.w.t. hanya kerana kenikmatan dunia yang terlalu sedikit.


Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-An'am: ertinya:


" Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan dan kelalaian dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa, oleh kerana itu tidakkah kamu berfikir."


3) Mudah terpedaya dengan syahwat.


4) Lemah iman.


5) Bersikap suka menunjuk-nunjuk.


Sesungguhnya dunia ini adalah perhiasan; perhiasan dunia yang terbaik adalah wanita yang solehah.
Facebook Oh Facebook

Facebook Oh Facebook


Saya suka memerhatikan gelagat – gelagat masyarakat kita secara diam. Baik melalui pengalaman hidup mahupun menerusi dunia maya.Banyak yang diperhatikan. Banyak yang diperdengarkan.Tetapi apa yang ingin dihighlightkan kali ini adalah berkenaan dengan menjaga lisan kita. Ia tidak semestinya melalui pertuturan sahaja, melalui Facebook atau blog pun dikira lisan juga walaupun kita menaip. Ya, lisan kita.


Pada waktu sekarang, saya yakin bahawa rata – rata anda mempunyai facebook bukan? Jika anda perasan, facebook ini ada kalanya menjadi tempat perang mulut. Tempat membengkakkan hati. Tempat dimana maruah seseorang dicemarkan dengan sewenang – wenangnya. 

Facebook adalah sebuah web sosial di dunia maya yang membolehkan para penggunanya untuk saling berinteraksi dalam berbagai bentuknya. Misalnya, melakukan chatting, mencari teman, berkirim e-mail, bertukar foto, menyebarkan undangan kegiatan, mengiklankan suatu produk bisnis, dan sebagainya. Inilah sekilas fakta facebook. (Lihat http://www.facebook.com/ ).  Bagaimanakah hukum facebook ini menurut fiqih Islam?

Facebook hukum asalnya adalah mubah (boleh). Ini adalah hukum asal untuk berbagai sarana moden dalam berkomunikasi, sama halnya dengan pensel, faksimili, dan sebagainya. Dasar kemubahannya adalah hadis Nabi SAW,”Kamu lebih mengetahui urusan dunia kamu.” (antum a’lamu bi-amri dun-yakum). (HR Muslim, no 4358). Latar belakang hadis ini adalah Nabi SAW suatu saat pernah melarang menyerbukkan kurma (ta`bir an-nakhiil). Ternyata kurmanya tidak berbuah. Nabi SAW pun kemudian mengucapkan sabdanya tersebut. Hadis ini menerangkan bahwa “urusan dunia”, yaitu apa saja yang tidak terdapat ketentuan hukumnya dari wahyu, maka hal itu diserahkan kepada pendapat manusia. (Lihat Imam Nawawi, Syarah Muslim, 8/85). Jadi hadis ini adalah dalil bahwa secara umum syara’ membolehkan segala produk sains dan teknologi, selama tidak bertentangan dengan Aqidah dan Syariah Islam. (Abdul Qadim Zallum, Ad-Dimuqrathiyyah Nizham Kufur, hal. 12).

Selain berdasarkan hadis itu, kemubahan facebook juga dapat didasarkan pada kaidah fiqih : al-ashlu fi al-asy-syaa` al-ibahah hatta yadulla ad-dalilu ‘ala at-tahrim. Artinya, hukum asal sesuatu (benda/barang) adalah boleh, hingga terdapat dalil yang mengharamkannya. (Imam Suyuthi, Al-Asybah wa al-Nazha`ir fi Al-Furu’, hal. 108; Imam Syaukani, Nailul Authar, 12/443).

Yang dimaksud dengan al-asy-yaa’ (jamak dari asy-syai`) dalam kaidah ini adalah segala materi (zat) yang digunakan manusia dalam perbuatannya (al-mawaad allaty yatasharrafu fiiha al-insaanu bi-af’alihi). (M. Muhammad Ismail, Al-Fikr Al-Islami, hal. 41). Berdasarkan kaidah ini, maka facebook hukum asalnya adalah boleh, kerana termasuk dalam materi (zat) yang dimanfaatkan manusia dalam perbuatannya.

Namun hukum asal untuk facebook ini dapat berubah menjadi haram, jika facebook digunakan untuk melakukan segala perbuatan yang diharamkan. Dasar keharamannya adalah kaidah fiqih : al-wasilah ila al-haram haram. Ertinya, segala perantaraan yang membawa kepada yang haram, hukumnya haram. (Al-Kasani, Bada`iu Ash-Shana`i’, 10/478; Izzuddin bin Abdis Salam, Qawa’id al-Ahkam fi Mashalih al-Anam, 2/402; Ibnul Qayyim Al-Jauziyyah, I’lamul Muwaqqi’in, 3/345). Kaidah fiqih ini berarti bahwa segala sesuatu baik berupa perbuatan manusia (al-af’aal) maupun berupa materi (zat) (asy-syai`), yang diduga kuat dapat mengantarkan kepada yang haram, hukumnya menjadi haram walau hukum asalnya mubah.

Maka dari itu, facebook hukumnya menjadi haram, jika digunakan untuk segala sesuatu yang menjurus kepada yang haram. Misalnya, mengucapkan kata-kata yang membangkitkan syahwat lawan jenis, melakukan perselingkuhan, melakukan pendekatan kepada lawan jenis untuk bersenang-senang semata (bukan dalam rangka khitbah atau nikah), dan sebagainya. Diharamkan pula menggunakan facebook untuk melakukan transaksi haram, seperti bisnis narkoba atau prostitusi, atau untuk menyebarkan ide-ide kufur, seperti sekularisme, pluralisme, liberalisme, demokrasi, nasionalisme, marxisme, dan sebagainya.

Kewujudan pelbagai page – page yang mengecam dan mencaci orang pun banyak. Komen – komen didalamnya pun boleh tahan pedasnya dalam mengata dan mencaci ni. Adakah anda semua terlibat?

Jangan mencaci orang. Jangan mengejek orang. Jangan Mengumpat orang, walaupun hanya dalam facebook.

Ingatlah, Allah itu maha tajam pemerhatianNya. Maha adil timbanganNya.
Ok, mari kita lihat akibat dari habit kita yang tidak menjaga lisan itu.

Imam Al-Ghazali mengemukakan ada 14 macam bahaya lidah yang harus diperhatikan manusia.
Pertama, perkataan yang tidak bermanfaat yang boleh membuatkan hati kasar.
Kedua, mereka yang banyak bercakap, maka dia banyak bohong. 
Ketiga, bersembang kosong. Padahal ciri-ciri orang beriman (QS 23:3) adalah mereka yang sentiasa menghindarkan diri dari perkataan dan perbuatan yang tidak bermanfaat.
Keempat, menyebabkan pertengkaran dan dendam.
Kelima, banyak bicara akan menimbulkan permusuhan antara kelompok dan golongan.
Keenam, mereka yang berbohong dengan mengaku sebagai pakar suatu bidang.
Ketujuh, ucapan yang mengandungi makian dan cacian.
Kelapan, ucapan yang mengutuk seseorang atau satu golongan.
Kesembilan, ungkapan syair atau nyanyian yang membangkitkan nafsu kebinatangan seseorang.
Kesepuluh, senda gurau dengan memperolok-olok orang lain. Rasulullah bersabda: ‘” Sesungguhnya mereka yang mentertawakan teman-temannya, mereka akan jatuh ke dalam neraka, lebih jatuh dari bintang suria.”
Kesebelas, mengejek orang lain. Allah berfirman: ”Hai orang-orang yang beriman, janganlah suatu kaum merendahkan (mentertawakan) kaum yang lain. Boleh jadi (yang ditertawakan itu) lebih baik dari mereka (yang mentertawakan). Jangan pula sekelompok wanita mentertawakan kelompok wanita yang lain, boleh jadi (yang diperolok-olok itu) lebih baik dari mereka dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan janganlah kamu memanggil dengan gelaran-gelaran yang buruk,”” (QS 49: 11).
Kedua belas, membuka rahsia orang lain.
Ketiga belas, berjanji palsu.
Keempat belas, bersumpah palsu. Semua itu akan merosak nilai-nilai amanah. Rasulullah bersabda: ”Waspadalah terhadap pembohong! Sebab pembohong dan orang-orang yang zalim sama-sama dalam neraka.” (HR Ibnu Majah)
Seorang sahabat pernah bertanya kepada Rasulullah: ”Apa penyebab terbesar orang masuk neraka?” Nabi menjawab: ””Kerana lidah dan kemaluannya.” (HR Turmudzi). 
Mudah-mudahan kita semua dapat mengendalikan diri.

 Kesimpulannya, facebook hukum asalnya mubah. Namun hukumnya menjadi haram jika digunakan untuk segala sesuatu yang telah diharamkan syariah Islam. Wallahu a’lam. [ ]


Sumber: http://akuislam.com/blog/mauidzah/walaupun-hanya-berfacebook/#ixzz1j2E0hBgd

Adakah Anda Masih Belum Bertemu JODOH?