Penantian Alam Barkzah

Apabila terputusnya nyawa dari jasad anak Adam, terputuslah semua      kenikmatan dan amalan didunia melainkan tiga perkara: 

-         -    Sedekah dan amal jariah
-         -   Ilmu yang ditinggalkan dan dimanfaatkan
-         -   Doa dari anak-anak yang soleh


Tujuh langkah terakhir, maka roh ditiupkan semula kedalam jasab, maka bermulalah soal bicara bersama malaikat yang dijanjikan oleh Allah S.W.T.

Beginilah gambaran yang akan dilalui oleh setiap manusia di alam barkzah apabila spanjang hayat hidupnya banyak melakukan dosa kepada Allah

-       -  menzalimi  dirinya sendiri dan orang lain
-       -   meringan-ringankan solat wajib
-       -  melihat aurat bukan mahramnya kepada khalayak ramai tak kira dimana dan    bila
-       - menghina dengan menderhakai ibu bapa
-       -   melakukan masiat tanpa ada rasa takut
-       - menolak hukum Allah, menghalalkan yang haram, mengharamkan yang halal dan lain-lain

wahai hamba Allah, bayangkan disaat kita semua berada disini, tibanya datangnya satu makhluk berjubahkan hitam iaitu malaikat izrail yang  memanggil kita ntuk  mengadap Allah, masa itu, jasab tidak mampu melakukan apa-apa lagi. Hanya kedengaran tangisan dan bacaan yassin. Masa itu tidak berguna lagi untuk kita menyesali.Masa itulah terputuslah segala amalan kita. mampukah  kita untuk menjawab soalan  Malaikat Munkar, dan Nakir dialam barkzah? banyakah amalan kita semasa didunia? Tidak  takutkah kita dipukul dan seksa?

wahai hamba sekalian, marilah kita bersama-sama renungkan dosa-dosa kita kepda Allah, ibu ayah dan orang sekeliling kita. Marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah SWT dan bertaubat kepadanya.

 Sesungguhnya:

“Setiap orang yang telah melakukan dosa hendaklah segera menginsafi akan dosa-dosa yang telah dilakukan dan bertaubat kepada Allah”

Selagi pintu taubat masih terbuka, kita masih bernafas dan bernyawa Allah sentiasa terbuka dan akan menerima taubat kita. Pintu taubat terbuka luas di hadapan kita, hanya menunggu kita untuk memasukinya. Amat beruntung dan berbahagialah mereka yang dilembut dan dibukakan hatinya untuk memasuki pintu taubat ini. Semoga kita adalah di kalangan mereka yang sentiasa dilembut dan dibukakan hati untuk bertaubat dan beriman kepada Allah. 

Allah berfiman:

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hamba-Ku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa. Sesungguhnya Dia adalah Tuhan Yang Maha Pengampun lagi Maha Pengasih."

Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan sekalian alam.

Kisah Benar Pelajar Dapat Bantuan Allah Waktu Peperiksaan

Bismillah
Ini adalah kisah benar yang berlaku di dewan peperiksaan di salah sebuah sekolah. Kisah ini diceritakan oleh salah seorang guru wanita yang berada dalam dewan peperiksaan tersebut.



Ceritanya begini :
Terdapat salah seorang pelajar masuk ke dewan peperiksaan dalam keadaan keletihan dan tertekan. Dia duduk di tempat yang telah dikhaskan untuknya.Kemudian dia menerima kertas ujian dan setelah berlalu masa ujian beberapa ketika guru

tersebut mendapatinya tidak menulis apa-apa pun pada kertas jawapannya sehingga berlalu separuh masa peperiksaan. Maka guru tersebut mula memberi perhatian yang lebih kepadanya.

Tiba-tiba pelajar tersebut mula menulis dan menjawab semua soalan dengan pantas dan ini mengejutkan guru yang memerhatikannya sejak tadi. Pelajar tersebut menjawab semua soalan peperiksaan dengan baik. Ini menambahkan lagi rasa ragu-ragu pada guru tersebut dan dia beranggapan pelajar tersebut telah menggunakan taktik baru dalam meniru. Tetapi guru tersebut tidak menjumpai apa-apa tanda yang pelajar itu telah meniru dalam peperiksaan.Setelah pelajar itu menyerahkan kertas jawapannya, guru telah bertanya kepadanya apa yang berlaku sebenarnya.

Dan jawapannya amat mengejutkan dan menyentuh perasaan. Tahukah anda apakah jawapan pelajar itu?


Pelajar tersebut menceritakan
: “semalam saya berjaga sepanjang malam sehingga subuh. Saya dalam keadaan tidak sihat dan menjaga ibu saya yang sakit tanpa sempat untuk mengulangkaji untuk ujian keesokannya. Maka sepanjang malam saya menjaga ibu dan saya datang menghadiri peperiksaan dengan harapan aku dapat melakukan sesuatu dalam peperiksaan nanti.
Saya melihat soalan-soalan namun tidak dapat menjawabnya. Saya hanya berdoa kepada Allah dengan amalan terbaik yang saya lakukan iaitu berbakti kepada ibuku semata-mata kerana Allah."


Tidak lama selepas itu, Allah memakbulkan doa saya dan seolah-olah saya nampak buku di depan. Saya mula menulis dengan pantas. Itulah yang saya dapat dan amat bersyukur kepada Allah kerana menerima permohonan saya.

Kisah yang menakjubkan ini menjelaskan bahawa
betapa besarnya ganjaran berbuat baik kepada ibu bapa dan merupakan amalan yang paling Allah sukai. Maka Allah membalasnya dengan memberi kebaikan kepadanya kerana berbakti kepada orang tua.

Aku menyeru kepada
sesiapa yang masih mempunyai ibu dan bapa agar berbaktilah kepada mereka untuk mencari keredaan Allah sebelum mereka pergi meninggalkan kita.





Pengajaran:

Ia menggambarkan ibu bapa mempunyai kedudukan yang amat istimewa menurut perspektif agama sebagaimana firman Allah SWT, bermaksud:

"Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua di dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan `Uhh`, dan janganlah engkau menengking dan menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayang ketika memelihara dan mendidikku semasa kecil. " (Al-Isra' : 23 & 24)





Adakah Anda Masih Belum Bertemu JODOH?