MATI itu pasti dan tidak mengenal USIA


Manusia yang menjadi sebaik-baik kejadian dan semulia-mulia makhluk adalah mereka yang menghampirkan diri kepada Allah dimana jua mereka berada,baik di waktu bersendirian mahupun terang-terangan.Apabila dibacakan ayat Allah yang menceritakan tentang seksa dan azabNYa,maka gementarlah hati-hati mereka kerana takut.Dan apabila dibaca ayat-ayat suci yang menggambarkan indahnya kehidupan di syurga maka mereka akan bersemangat untuk melakukan ibadat dan amal soleh.




Bila sudah tiba waktu kematian seseorang itu, maka kita tak akan dapat lari daripada ajal.MATI itu pasti! Kenyataan yang sememangnya tidak dapat dielakkan lagi sejak ALLAH meniupkan roh ketika manusia itu bergelar janin seawal usia tiga bulan kerana tidak ada yang mustahil bagi-Nya. Mati tidak kenal umur, pangkat dan darjat kerana ianya satu yang pasti telah dicatatkan.

Bayangkan kain putih menutupi sekujur badan? Bayangkan apakah perasaan anda sebaik ditinggalkan keseorangan dalam liang yang dalamnya tujuh kaki dengan hanya ditemani kegelapan.? Matinya anak Adam itu, maka terputuslah dia melainkan dengan tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan.


Kematian tidak mempunyai peringkat atau tingkatan. Bahkan jika ALLAH telah menetapkan kematian seseorang maka tiada suatu pun yang akan melewatkannya atau mendahulukannya. Firman ALLAH bermaksud: Katakanlah, sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya pasti akan menemui kamu.

Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan. (Surah al-Anbiyaa': ayat 35)
Kematian, yang pasti akan berlaku pada kita semua, merupakan satu hakikat penting dalam kehidupan seseorang. Kita tidak akan pernah tahu perkara yang akan dihadapi dalam masa sejam atau kejadian akan datang. Justeru, jelas bahawa merancang kehidupan berlandaskan perkara yang tidak akan berlaku adalah satu kesilapan. Kematian, dalam erti kata lain, merupakan satu hal yang pasti. Hanya dengan menyedari asas kebenaran ini dapat membuat kita faham agar menuntun kehidupan berlandaskan perkara hal ini. Kematian juga sebahagian daripada ujian ke atas manusia. Allah SWT juga memberitahu kita di dalam Al-Quran bahawa Dia mencipta kematian dan kehidupan untuk menguji manusia:
Dia-lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat). (Surah al-Mulk: ayat 2)
Kematian hanyalah pengakhiran dunia yang fana – sekaligus berakhirnya cubaan – dan permulaan kehidupan baru. Oleh sebab itu, orang yang beriman tidak takut akan kematian. Soal kematian tidak membuat mereka tertekan, kerana setiap detik kehidupan mereka diluangkan untuk kebaikan sebagai bekalan di Alam Akhirat.
Namun bagi mereka yang ingkar, ketakutan yang menyelubungi hati mereka menimbulkan tekanan, kerana menganggap maut sebagai satu kemusnahan. Justeru, mereka tidak mahu memikirkan kematian dan tidak membenarkan hal tersebut memasuki minda serta cuba lari daripada maut. Namun ianya tidak berguna. Tiada roh yang dapat mengelak kematian apabila tiba waktu yang telah ditentukan. Perkara ini ditegaskan sebagai berikut:
Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh.(Surah an-Nisaa’: ayat 78)
Mengelak untuk mengingati maut bermakna menolak kebenaran. Memandangkan ajal manusia tetap akan sampai tidak kira cepat atau lambat, adalah lebih bijak untuk seseorang mengingati maut. Inilah rasional yang dipegang oleh golongan beriman. Sementara menanti ajal, mereka melakukan kebaikan, sebagaimana yang diperintahkan Allah SWT kepada kita di dalam Al-Quran:
Dan sembahlah Tuhanmu, sehingga datang kepadamu (perkara yang tetap) yakin. (Surah al-Hijr: ayat 99)
Mengingati maut dapat meneguhkan semangat dan keyakinan seseorang. Ia menghalang nafsu seseorang daripada menjerumuskannya ke lembah dosa, dengan godaan palsu dunia yang fana. Ia menyemai resolusi dan keazaman untuk menghindari segala bentuk kelakuan yang tidak disukai Allah SWT. Justeru itu, orang yang beriman harus sentiasa mengingati maut, tidak lupa bahawa semua manusia, termasuk dirinya sendiri, akan mati pada suatu hari nanti.
Melalui Al-Quran, kita faham perkara sebenar yang berlaku kepada seseorang yang meninggal dunia, serta kejadian yang dialami dan dirasakan. Semasa kita melihat orang yang meninggal dunia, kita hanya memerhati "kematian biologi." Namun pada hakikatnya, orang yang menghadapi kematian sedang menghadapi Malaikat Maut dalam satu dimensi lain. Jika dia seorang yang ingkar, maut adalah satu seksaan buatnya. Setelah mencabut nyawanya, Malaikat Maut akan memukul dan menyeksanya. Trauma golongan yang ingkar dijelaskan seperti berikut:
… . Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang zalim itu dalam penderitaan "sakratul-maut" (ketika hendak putus nyawa), sedang malaikat-malaikat pula menghulurkan tangan mereka (memukul dan menyeksa orang-orang itu) sambil berkata (dengan menengking dan mengejek): "Keluarkanlah nyawa kamu (dari tubuh kamu sendiri); pada hari ini kamu dibalas dengan azab seksa yang menghina (kamu) sehina-hinanya, disebabkan apa yang telah kamu katakan terhadap Allah dengan tidak benar, dan kamu pula (menolak dengan) sombong takbur akan ayat-ayat keteranganNya". (Surah al-An'am: ayat 93)
(Kalaulah mereka terlepas sekarang dari bencana kejahatan mereka) maka bagaimanakah (mereka dapat menolak azab seksa) apabila malaikat mengambil nyawa mereka sambil memukul muka dan punggung mereka? (Kematian mereka dalam keadaan yang buruk) itu, kerana mereka menurut (serta melakukan) perkara-perkara yang menyebabkan kemurkaan Allah, dan mereka pula membenci perkara-perkara yang diredhaiNya; oleh itu, Allah gugurkan amal-amal mereka (yang baik, yang pernah mereka lakukan).(Surah Muhammad: ayat 27-28)
Kematian menjanjikan kesenangan dan keseronokan untuk mereka yang beriman. Bertentangan dengan golongan ingkar yang rohnya dicabut dengan kasar, roh golongan beriman pula diambil secara lembut (Surah an-Naazi'at: ayat 2). Pengalaman ini sama dengan pengembaraan roh semasa kita terlena, yang meninggakan jasad dan memasuki dimensi lain (Surah az-Zumar: ayat 42). Dalam suatu ayat, perkara berikut dinyatakan tentang golongan beriman:
(Untuk mereka) Syurga-syurga " Adn ", yang mereka akan memasukinya, yang mengalir padanya beberapa sungai; mereka beroleh di dalam Syurga itu apa yang mereka kehendaki; demikianlah Allah membalas orang-orang yang bertaqwa, (Iaitu) mereka yang diambil nyawanya oleh malaikat dalam keadaan mereka bersih suci (dari kufur syirik dan maksiat), sambil malaikat itu berkata kepada mereka: "Selamat sejahtera kepada kamu; masuklah ke dalam Syurga disebabkan amal baik yang telah kamu kerjakan". (Surah an-Nahl: ayat 31-32)

RAMADAN BULAN DIDIK UMAT ISLAM BERDISIPLIN, SABAR HADAPI UJIAN

Kata mutiara ramadhan :


Saling mengucapkan selamat menjalankan ibadah puasa baik dalam bentuk Sms Ucapan Puasa dan Kata Mutiara Ramadhan merupakan perkara yang perlu kita lakukan agar dapat menjalankan puasa di bulan yang suci ini  dengan diberkati.



Todia habaq hampa,  Anwar Hadi ada ganjaran yang istimewa  untuk hampa yang berpuasa penuh dibulan ramadhan ni. Nak tau apa dia ganjaran untuk hampa semua, jom saksikan video klip ni :



RASULULLAH SAW bersabda maksudnya:Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda. Allah Azza Wajalla berfirman: Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku. Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Musk.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Puasa adalah perkara ‘dharuriah’ dalam agama di mana sesiapa yang mengingkari wajibnya puasa maka ia menjadi kufur, manakala sesiapa meninggalkan puasa tanpa uzur syarie, hendaklah ia dihukum.
Puasa memaksa kita meninggalkan nafsu syahwat walaupun pada perkara dihalalkan untuk melakukannya (sebelum Ramadan). Dengan itu puasa sebenarnya dikatakan sebagai pendidik untuk kita menjadi lebih tegas, berdisiplin dan sabar berhadapan sebarang godaan sepanjang Ramadan.
Ramadan dikenali juga sebagai bulan prestasi di mana Allah memberikan kesempatan kepada orang beriman untuk memperbaiki darjatnya di sisi Allah bahkan di bulan ini semua aktiviti yang harus di sisi syarak dikira sebagai ibadat kepada Allah.
Puasa yang dilakukan dengan ikhlas kerana Allah semata-mata akan bernilai sepuluh kebajikan (atau lebih). Oleh itu orang yang puasa di bulan Ramadan diiringi puasa enam hari di bulan Syawal dinilai sama dengan puasa sepanjang tahun. Hal itu dinyatakan dalam hadis Rasulullah SAW.
Ramadan adalah bulan ibadat untuk mendekatkan diri kepada Allah seperti dilakukan salafus-salih. Dengan itu kita hendaklah b berusaha supaya tiada waktu berlalu tanpa amal salih sepanjang Ramadan, bulan permohonan, munajat, hidayah dan meraih petunjuk kebenaran daripada Allah.

• .¸¸❤¸¸.•• .¸¸❤¸¸.•• .¸¸❤¸¸.•• .¸¸❤¸¸.••.¸¸❤¸¸.••.¸¸❤¸¸.••.¸¸❤¸¸.•• .¸¸❤¸¸.•
Ya Allah, 
gantikanlah penderitaan ini dengan kesenangan, 
balasan kesedihan sebagai perkara yang mengembirakan dan 
hilangkan lah perasaan takut ini kepada ketenteraman.

Ya Allah, 
sejukkan gelora hati ini dengan salji keyakinan dan 
padamkan gelojak jiwa dengan air keimanan.

Ya Allah, 
berikanlah rasa mengantuk sebagai kenyamanan bagi mata yang tidak dapat pejam. 
Berikan rasa damai bagi jiwa-jiwa yang resah ini seatu kedaimaian dan 
berikanlah dengan kemenangan yang nyata.

Ya Allah ,
tunjukkanlah penglihatan ini menuju cahayaMu, 
bimbinglah kesesatan ini ke arah jalan Mu dan bimbinglah kesesatan ini ke arah jalan Mu dan bimbinglah orang yang tergelincir menuju petunjukMu.

Ya Allah, 
lenyapkan segala keraguan dengan cahaya mentari di ufuk timur. 
Hancurkan segala kebatilan yang bersarang di dalam perasaan dengan 
secerah sinar kebenaran. 
Hapuskan segala tipu daya syaitan dengan pertolongan bala tentera Mu.

• .¸¸❤¸¸.•• .¸¸❤¸¸.•• .¸¸❤¸¸.•• .¸¸❤¸¸.•• .¸¸❤¸¸.•• .¸¸❤¸¸.• • .¸¸❤¸¸.•• .¸¸❤¸¸.•

Hanya padaamu aku memohon

Hanya padaamu aku memohon



Iyyakana'budu wa iyya kanasta'in 
(Hanya Engkaulah yang kami ibadahi dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan).

Para ahli qira'at sab'ah dan jumhurul ulama membacanya dengan memberikan tasydid pada huruf ya' pada kata iyyaka dibaca dengan memfathahkan huruf nunyang pertama, menurut bacaan seluruh ahli qira'at. Menurut bahasa, kata ibadah berarti tuntuk patuh. Sedangkan menurut syariat, ibadah berarti ungkapan dari kesempurnaan cinta, ketundukan, dan ketakutan.
Didahulukannya maf'ul (objek), yaitu kata iyyaka, dan (setelah itu) diulangi lagi, adalah dengan tujuan untuk mendpatkan perhatian dan juga sebagai pembatasan. Artinya, "Kami tidak beribadah kecuali kepada-Mu, dan kami tidak bertawakal kecuali hanya kepada-Mu." Dan inilah puncak kesempurnaan ketaatan. Dan dien (agama) itu secara keseluruhan kembali kepada kedua makna di atas.

Yang demikian itu seperti kata sebagian ulama salaf, bahwa surat Al-Fatihah adalah rahasia Alquran, dan rahasia Al-Fatihah terletak pada ayat Iyyakana'budu wa iyya kanasta'in (Hanya Engkaulah yang kami ibadahi dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan).
Penggalan pertama, yakni "Hanya kepada-Mu kami beribadah" merupakan pernyataan lepas dari kemusyrikan. Sedangkan pada penggalan kedua, yaitu, "Hanya kepada-Mu kami memohon pertolongan" merupakan sikap berlepas diri dari upaya dan kekutan serta berserah diri kepada Allah SWT.

Makna seperti ini tidk hanya terdapat dalam satu ayat Alquran saja, seperti firman-Nya, "Maka beribadahlah kepada Allah dan bertawakallah kepada-Nya. Dan sekali-kali Rabbmu tidak lali dari apa yang kamu kerjakan." (Huud: 123).

Dalam ayat tersebut (Al-Fatihah: 5) terjadi perubahan bentuk dari ghaib (orang ketiga) kepada mukhathab (orang kedua, lawan bicara) yang ditandai dengan huruf kaf pada kata iyyaka. Yang demikian itu memang selaras karena ketika seorang hamba memuji kepada Allah, maka seolah-olah ia merasa dekat dan hadir di hadapan-Nya. oleh karena itu, Dia berfirman, "Iyyakana'budu wa iyya kanasta'in."

Ini merupakan dalil yang menunjukkan bahwa pada awal-awal surat Al-Fatihah merupakan pemberitahuan dari Allah SWT yang memberikan pujian kepada diri-Nya sendiri dengan berbagai sifat-Nya yang Agung, serta petunjuk kepada hamba-hamba-Nya agar memuji-Nya dengan pujian tersebut.

Dalam shahih Muslim, diriwayatkan dari al-'Ala' bn Abdur Rahman, dari ayahnya, dari Abu Hurairah ra, Nabi saw bersabda, "Aku telah membagi salat dua bagian antara diri-Ku dan hamba-Ku. Bagi hamba-Ku apa yang ia minta. Jika ia mengucapkan, 'Segala puji bagi Allah, Rabb semesta alam', maka Allah berfirman, 'Hambaku telah memuji-Ku'. Dan jika ia mengucapkan, 'Yang menguasai hari pembalasan', maka Allah berfirman, 'Hamba-Ku telah memulikan-Ku'. Jika ia mengucapkan, 'Hanya kepada Engkaulah kami beribadah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan', maka Allah berfirman, 'Inilah bagian antara hamba-Ku dan diri-Ku. Untuk hamba-Ku apa yang ia minta'. Dan jika ia mengucapkan,'"Yaitu jalan orang-orang yang telah Engkau enugerahkan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai (Yahudi), dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat (Nashrani)', maka Allah berfirman, "Ini untuk hamba-Ku dan bagi hamba-Ku pula apa yang ia minta'."
Iyya kana'budu didahulukan dari wa iyya kanasta'in, karena ibadah kepada-Nya memrupakan tujuan, sedangkan permohonan pertolongan merupakan sarana untuk beribadah. Yang terpenting lebih didahuukan dari sekedar penting, wallahu a'lam.
Jika ditanyakan, lalu apa makna huruf nun pada firman Allah SWT,"Iyyakana'budu wa iyya kanasta'in," jika nun itu dimaksudkan sebagai bentuk jama', padahal orang yang mengucpkan hanya satu orng, dan jika untuk pengagungan, maka yang demikian itu tidak sesuai dengan kondisi?

Pertanyaan di atas dapat dijawab bahwa yang dimaksudkan dengan huruf nun(kami) itu adalah untuk memberitahukan mengenai jenis hamba, dan orang yang salat merupakan salah satu darinya, apalagi jika orang-orang melakukannya secara berjamaah. Atau, imam dalam salat memberitahukan tentang dirinya sendiri dan juga saudara-saudaranya yang beriman tentang ibadah, yang untuk tujuan inilah mereka diciptakan.

Ibadah merupakan maqam (kedudukan) yang sangat agung, yang dengannya seorang hamba menjadi mulia, karena keberpihakannya kepada Allah Ta'ala saja, dan Dia telh menyebut Rasul-Nya sebagai hamba-Nya yang menempati maqam yang mulia. Firman Allah, "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam." (Al-isra': 1).

Allah telah menyebutkan Muhammad saw sebagai seorang hamba ketika menurunkan Alquran kepadanya, ketika beliau menjalankan dakwahnya dan ketika diperjalankan pada malam hari. Dan Dia membimbingnya untuk senantiasa menjalankan ibadah pada saat-saat hatinya merasa sesak akibat pendustaan orang-orang yang menentangnya, Dia berfirman, "Dan Kami sungguh-sungguh mengetahui, bahwa dadamu menjadi sempit disebabkan apa yang mereka ucapkan, maka bertasbihlah dengan memuji Rabbmu dan jadilah kamu di antara orang-orang yang bersujud (salat), dan sembahlah Rabbmu sampai datang kepadamu yang diyakini (ajal)." (Al-Hijr: 97 -- 99).
Sumber: Terjemahan Lubabut Tafsir Min Ibnu Katsir (Tafsir Ibnu Katsir), Tim Pustaka Imam as-Syafi'i
Kelebihan di bulan ramadhan

Kelebihan di bulan ramadhan



~•*¨*•♥ Bismillahirrahmaanirahiim... ♥•*¨*•~

~•.*♥* 7 Amalan Sunnah di Bulan Ramadhan...

Selain Puasa yang Allah wajibkan pada Bulan Ramadhan ada berbagai Amalan yang disunahkan pada Bulan ini di antaranya.

Berikut 7 Amalan Sunnah Bulan
Suci Ramadhan, yaitu :


~•.*♥*.•♥ 1. Mengkhatamkan Al-Qur’an.

Bulan Ramadhan adalah bulan Al-Quran. Pada bulan inilah Al-Qur’an pertama kali turun dari Lauhul Mahfuz ke langit Dunia sekaligus (berangsur-angsur).

Allah subhanahu wa ta'alla berfirman :
"Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Qur'an sebagai petunjuk bagi Manusia dan Penjelasan-penjelasan mengenai Petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil)".
(QS. Al-baqarah : 185).


~•.*♥*.•♥ 2. Shalat Tarawih.

Rasulullah Salallahu 'alaihi wa sallam. Bersabda :
“Barang siapa yang menghidupkan Malam bulan Ramadhan karena Iman dan mengharap Pahala dari Allah akan diampuni Dosa-dosanya yang telah lalu.”(HR. Bukhari, An-Nasa'i, Muslim, Abu Dawud dari Abu Hurairah).

Sebuah riwayat mengatakan bahwa Nabi Salallahu 'alaihi wa sallam. pernah Shalat 11 Raka'at, terkadang 13 Raka'at atau kurang dari itu. Ketika ditanya tentang shalat malam Beliau Bersabda: “Dua Raka'at dua Raka'at, jika seseorang diantara kalian khawatir masuk waktu Subuh hendaklah shalat satu Raka'at witir.”


~•.*♥*.•♥ 3. Memperbanyak Do'a.

Orang yang Berpuasa ketika Berbuka adalah salah satu orang yang Do'anya Mustajab. Oleh karenanya Perbanyaklah Berdo'a ketika sedang Berpuasa terlebih lagi ketika Berbuka. Berdo'alah untuk Kebaikan diri kita,keluarga, bangsa, dan saudara-saudara kita sesama Muslim di belahan Dunia.


~•.*♥*.•♥ 4. Memberi Buka Puasa (Tafthir Shaim).

Hendaknya Berusaha untuk selalu memberikan Ifthar (Berbuka) bagi mereka yang Berpuasa walaupun hanya Seteguk Air ataupun Sebutir Korma sebagaimana sabda Rasulullah Salallahu 'Alaihi Wa sallam yang berbunyi :” Barang siapa yang memberi Ifthar (untuk Berbuka) Orang-orang yang Berpuasa maka baginya Pahala seperti orang yang Berpuasa tanpa dikurangi sedikitpun”.
(HR. Bukhari & Muslim).


~•.*♥*.•♥ 5. Bersedekah.

Rasulullah Salallahu 'alaihi wa sallam. Bersabda: “Sebaik-baik Sedekah adalah Sedekah pada Bulan Ramadhan”.
(HR. Tirmidzi).

Dan pada akhir bulan Ramadhan Allah mewajibkan kepada setiap muslim untuk mengeluarkan Zakat Fitrah sebagai Penyempurna Puasa yang dilakukannya.


~•.*♥*.•♥ 6. I’tikaf.

I’tikaf adalah Berdiam Diri di masjid untuk Beribadah kepada Allah. I’tikaf disunahkan bagi laki-laki dan perempuan; karena Rasulullah Salallahu 'alaihi wa sallam. selalu Beri’tikaf terutama pada Sepuluh Malam Terakhir dan para istrinya juga ikut I’tikaf bersamanya. Dan hendaknya orang yang melaksanakan I’tikaf memperbanyak Dzikir, Istighfar, Membaca Al-Qur’an, Berdo'a, Shalat Sunnah dan lain-lain.


~•.*♥*.•♥ 7. Memperbanyak Berbuat Kebaikan.

Bulan Ramadhan adalah Peluang Emas bagi setiap muslim untuk menambah ‘Rekening’Pahalanya di sisi Allah. Dalam hadits yang diriwayatkan Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi dikatakan bahwa Amalan Sunnah pada Bulan Ramadhan Bernilai seperti Amalan Wajib dan Amalan Wajib senilai 70 Amalan Wajib di luar Ramadhan. Raihlah setiap Peluang untuk Berbuat Kebaikan sekecil apapun meskipun hanya ‘sekedar’Tersen yum di depan orang lain.
Ciptakanlah kreasi dan inovasi dalam Berbuat Kebaikan agar Saldo Kebaikan kita terus bertambah.

“Dan untuk yang demikian itu Hendaknya orang berlomba-lomba. ”

Semoga kita termasuk Orang-orang yang bisa memanfaatkan Momentum Ramadhan untuk merealisasikan Ketaqwaan Diri kita dan bisa meraih predikat “Bebas dari Neraka.”

Aamiin Allahumma Aamiin..

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa sahabat Muslim Semuanya..
Semoga di beri Kelancaran dan Kemudahan dalam Berbagi Kebaikan..
Assalamu'alaikum Warahmatullahi wabarakatuh...




7 Kelebihan Bersahur Di Bulan Ramadhan

1. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Bersahurlah kamu kerana sesungguhnya bersahur itu adalah berkat

2. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Hendaklah kamu Bersahur kamu kerana ia adalah makanan yang berkat

3. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Perbezaan antara puasa kita orang Islam dengan puasa ahli Kitab ialah kita makan sahur

4. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Memakan sahur itu boleh memberi kekuatan untuk berpuasa pada siang hari dan qailulah (tudir sekejap) pada siang hari (sebelum Zohor) boleh memberi kekuatan untuk qiamullail – hadis dari Ibnu Abbas

5. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Sesungguhnya Allah dan malaikat berselawat ke atas mereka yang bersahur – hadis dari Ibnu Umar

6. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Sentiasalah umatku itu dalam keadaan kebaikan selama mana mereka menyegerakan berbuka dan melambatkan sahur

7. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Sahur itu berkat, oleh itu janganlah kamu meninggalkannya walau pun dengan meminum seteguk air kerana sesungguhnya Allah dan malaikat berselawat ke atas mereka yang bersahur.

Kenapa kita dilahirkan DIDUNIA?

Bismillah.. Assalamualaikum...

"Kenapa kita dihidupkan di dunia ini?"

Mungkin persoalan ini pernah timbul di benak hati kita. Walaupun tak banyak, sikit tu mesti ada, kan? Kita menjadi tertanya-tanya. Kenapa aku perlu hidup di dunia ini? Mengapa aku yang dipilih? Apa tujuan sebenarnya?! Astagfirullah, jangan merungut mahupun mempertikaikan itu semua. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui apa yang baik dan buruk atas sesuatu kejadian.

Sebelum kita mengetahui sebab apa kita hidup di dunia ini? kita lihat dulu bagaimana proses kejadian kita berdasarkan al-Quran.



 PERINGKAT SATU (NUTFAH)

iaitu peringkat pertama bermula selepas persenyawaan atau minggu pertama. Ianya bermula setelah berlakunya percampuran air mani

Maksud firman Allah dala surah al-Insan :" Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia  daripada setitis air mani yang bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat "


Menurut Ibn Jurair al-Tabari, asal perkataan nutfah ialah nutf ertinya air yang sedikit yang terdapat di dalam sesuatu bekas samada telaga, tabung dan sebagainya. Sementara perkataan amsyaj berasal daripada perkataan masyj yang bererti percampuran.  Berasaskan kepada makna perkataan tersebut maksud ayat di atas ialah sesungguhnya Kami (Allah) menciptakan manusia daripada air mani lelaki dan air mani perempuan.


  PERINGKAT KEDUA(ALAQAH)


Peringkat pembentukan alaqah ialah pada hujung minggu pertama / hari ketujuh . Pada hari yang ketujuh telor yang sudah disenyawakan itu akan tertanam di dinding rahim (qarar makin). Selepas itu Kami mengubah nutfah menjadi alaqah.

Firman Allah yang bermaksud

" Kemudian Kami mengubah nutfah menjadi alaqah"

Al-Mukminun :  Kebanyakan ahli tafsir menafsirkan alaqah dengan makna segumpal darah. Ini mungkin dibuat berasaskan pandangan mata kasar. Alaqah sebenarnya suatu benda yang amat seni yang diliputi oleh darah. Selain itu alaqah mempunyai beberapa maksud :

"sesuatu yang bergantung atau melekatpacat atau lintahsuatu buku atau ketulan darah,Peringkat alaqah adalah peringkat pada minggu pertama hingga minggu ketiga did alam rahim."


PERINGKAT KETIGA(MUDGHAH)

 Pembentukan mudghah dikatakan berlaku pada minggu keempat. Perkataan mudghah disebut sebanyak dua kali di dalam al-Quran iaitu surah al-Hajj ayat 5 dan surah al-Mukminun ayat 14

Firman Allah yang bermaksud

"lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging"

al-Mukminun :  Diperingkat ini sudah berlaku pembentukan otak, saraf tunjang, telinga dan anggota-anggota yang lain. Selain itu sistem pernafasan bayi sudah terbentuk.Vilus yang tertanam di dalam otot-otot ibu kini mempunyai saluran darahnya sendiri. Jantung bayi pula mula berdengup. Untuk perkembangan seterusnya, darah mula mengalir dengan lebih banyak lagi kesitu bagi membekalkan oksigen dan pemakanan yang secukupnya. Menjelang tujuh minggu sistem pernafasan bayi mula berfungsi sendiri.

 PERINGKAT KEEMPAT(IZAM DAN LAHM)

 Pada peringkat ini iaitu minggu kelima, keenam dan ketujuh ialah peringkat pembentukan tulang yang mendahului pembentukan oto-otot. Apabila tulang belulang telah dibentuk, otot-otot akan membungkus rangka tersebut.

Firman Allah yang bermaksud :

"Lalu Kami mengubahkan pula mudghah itu menjadi izam da kemudiannya Kami membalutkan Izam dengan daging"

al-Mukminun :Kemudian pada minggu ketujuh terbentuk pula satu sistem yang kompleks. Pada tahap ini perut dan usus , seluruh saraf, otak dan tulang belakang mula terbentuk. Serentak dengan itu sistem pernafasan dan saluran pernafasan dari mulut ke hidung dan juga ke pau-paru mula kelihatan. Begitu juga dengan organ pembiakan, kalenjar, hati, buah penggang, pundi air kencing dan lain-lain terbentuk dengan lebih sempurna lagi. Kaki dan tangan juga mula tumbuh. Begitu juga mata, telinga dan mulut semakin sempurna. Pada minggu kelapan semuanya telah sempurna dan lengkap.

PERINGKAT KELIMA(NASY'AH KHALQAN AKHAR)

 Pada peringkat ini iaitu menjelang minggu kelapan , beberapa perubahan lagi berlaku. Perubahan pada tahap ini bukan lagi embrio tetapi sudah masuk ke peringkat janin.Pada bulan ketiga, semua tulang janin telah terbentuk dengan sempurnanya Kuku-kukunya pun mula tumbuh. Pada bulan keempat, pembentukan uri menjadi cukup lengkap menyebabkan baki pranatel bayi dalam kandungan hanya untuk menyempurnakan semua anggota yang sudah wujud. Walaupun perubahan tetap berlaku tetapi  perubahannya hanya pada ukuran bayi sahaja.

PERINGKAT KE ENAM(NAFKHUR-RUH)

Iaitu peringkat peniupan roh. Para ulamak Islam menyatakan bilakah roh ditiupkan ke dalam jasad yang sedang berkembang? Mereka hanya sepakat mengatakan peniupan roh ini berlaku selepas empat puluh hari dan selepas terbentuknya organ-organ tubuh termasuklah organ seks. Nilai kehidupan mereka telah pun bermula sejak di alam rahim lagi. Ketika di alam rahim perkembangan mereka bukanlah proses perkembangan fizikal semata-mata tetapi telahpun mempunyai hubungan dengan Allah s.w.t melalui ikatan kesaksian sebagaimana yang disebutkan oleh Allah di dalam al-Quran surah al-A'raf : 172. Dengan ini entiti roh dan jasad saling bantu membantu untuk meningkatkan martabat dan kejadian insan disisi Allah s.w.t


Antara sebab atau tujuannya adalah:




Untuk kita bersujud menyembah Allah
Allah berfirman, "Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadah kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid dan supaya mereka mendirikan solat serta memberi zakat dan yang demikian itulah agama yang benar."
[al-Bayyinah:98]

Untuk kita menjadi khalifah di muka bumi ini
Allah berfirman, "Dan Dialah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Dia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakanNya kapada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya dan sesungguhnya Dia maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." [al-An'am: 165]

Untuk kita menyeru kebaikan dan membenteras kejahatan
Firman Allah, "Dan hendaklah ada diantara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk lagi keji) dan mereka yang bersifat demikian adalah orang yang berjaya." [Ali 'Imran: 104]

Allah tidak menjadikan kita sia-sia
Firman Allah, "Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptsksn ksmu (daripada tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan kembalikan kepada Kami?"  [al-Mukminun:115]

Kita merupakan insan terpilih lagi istimewa yang dihidupkan di dunia ini. Maka hendaklah kita bersyukur dan melaksanakan tanggungjawab yang terpikul dengan penuh kegembiraan.. =)
Anda mungkin juga meminati:

Hidup mencari KEBERKATAN


Salam, banyak sebenarnya tanda-tanda jika kehidupan kita ini tidak mendatangkan keberkatan namun sebahagian tanda-tanda dibawah ini juga jelas membayangkan kehidupan kita ini tidak mendatangkan keberkatanNYA Na’uzubillah




Tanda-tanda hidup kita tak berkat ialah :


1. Duit banyak, tapi cepat jer habis.
Tak tau duit pergi mana. Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup jer. Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit dapat banyak, sedekah pun kena la bertambah. Tapi tak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak bertambah, duit tetap habis ke tempat lain.


2. Buat kerja, tak siap.
Projek ada macam-macam, idea banyak, tapi satu pun tak berjaya. Macam-macam usaha dibuat, macam-macam projek kita cuba nak lakukan, tapi semuanya tergantung. Semuanya tergendala. Satu pun tak berjaya. Kalau ada yang menjadi, tapi tak seperti yang dirancangkan.


3. Buat sesuatu, tak dapat manfaat.
Baca buku banyak, tapi ilmu satu pun tak lekat. Nasihat orang pandai, tapi diri pun tunggang langgang.


4. Masa habis dengan sia-sia.
Kononnya sibuk, tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Leka main fesbuk, leka tengok TV, leka berborak dengan kawan, leka main game, leka melepak dengan kawan-kawan. Tapi nak luang baca Quran 5 minit sehari pun tak boleh. Solat pun akhir waktu. Solat tak sampai 5 minit. Zikir langsung tak amal. Malah nak berdoa untuk diri sendiri pun malas.


Adakah anda salah seorang yang mengalami atau merasai tanda-tanda di atas?


Mari kita sama-sama muhasabah diri. Tanya pada diri, adakah kita salah seorang daripada orang yang tidak mendapat keberkatan dari Allah.


Aduh, alangkah malang dan rugi nya kalau kita gagal mendapat keberkatan dalam hidup ini. Kerana kita bukan saja akan rugi di dunia ini, malah akan bangkrap di akhirat nanti. Na’uzubillah. Sama-sama kita taubat dan mohon taufik hidayah daripada Allah ta’ala untuk memperbaiki iman dan amal kita masing-masing. Sama-sama muhasabah dan mengingati diri sendiri juga. 



Cara untuk mendapatkan keberkatan dari Allah SWT adalah seperti berikut:


1. Bersyukur atas apa yang diberikan oleh Allah SWT
2. Belanjakan harta kejalan yang diredhai Allah SWT
3. Berusaha untuk mendapatkan rezeki yang halal
4. Keluarkan sedekah wajib (zakat) jika sampai nisab dan berikan sedekah sunat kepada orang miskin dan anak yatim
5. Bersedekah kepada anak yatim/orang miskin kalau boleh setiap hari InsyaAllah akan diganti oleh Allah SWT tanpa kita sedari
6. Ikhlaskan pemberian /sedekah hanya kepada Allah SWT bukan mengharapkan pujian dan sebagainya. Sedekah mulakan dengan keluarga sendiri dahulu selepas itu barulah kepada jiran-jiran dan orang yang lebih jauh. Jangan anggap pemberian itu hak kita sebenarnya dalam harta kita ada hak mereka.
7. Hulurkan pemberian sunat secara rahsia. tetapi pemberian wajib (zakat) perlu diberi secara terang sebagai menegakkan syiar Islam.
8. Berikan sesuatu yang kita sayangi.
9. Cari harta dunia untuk dijadikan bekalan akhirat.
10. Amalan yang diberkati ialah hasil titik peluh sendiri dan juga melalui jualbeli (perniagaan).�
11. Hulurkan bantuan kepada janda yang ketiadaan suami.




Renung - renungkan segala perlakuan yang mendapat keberkatan. semoga kita sentiasa diredhai oleh Allah SWT. InsyaAllah.




Wassalam, Wa'allahhualam.

selamat datang RAMADHAN


Fatwa Asy-Syeikh Abdul Aziz bin Baz rahimahullah:

رمضان شهر عظيم ، شهر مبارك يفرح به المسلمون، وكان النبي -صلى الله عليه وسلم- وأصحابه يفرحون به ، كان النبي -صلى الله عليه وسلم- يبشر أصحابه بذلك ، فإذا فرح به المسلمون واستبشروا به ، وهنأ بعضهم بعضاً بذلك فلا حرج في ذلك كما فعله السلف الصالح؛ لأنه شهر عظيم ومبارك يفرح به ، لما فيه من تكفير السيئات، وحط الخطايا والمسابقة إلى الخيرات، في أعمال صالحة أخرى

Maksudnya: "Ramadhan merupakan bulan yang agung. Bulan penuh berkat yang dengannya kaum muslimin bergembira. Dan adalah Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam dan para sahabatnya radiallahu'anhum bergembira dengan kedatangannya. Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam memberikan khabar gembira kepada para sahabatnya tentang demikian (kedatangan Ramadhan). Maka apabila kaum muslimin bergembira dengan kedatangan Ramadhan, dan memberikan khabar gembira dengan kedatangan bulan Ramadhan, di sana satu sama lain saling berbuat demikian, maka tidaklah mengapa yang demikian itu, sebagaimana yang dilakukan oleh para salafus soleh; kerana ianya bulan yang agung, penuh berkat, dan mereka bergembira dengannya kerana padanya terdapat penghapusan kesalahan, pengampunan dosa, dan perlumbaan untuk mengumpulkan kebaikan amalan soleh."
   
“Ramadhan bakal datang menjelang

Kaum muslimin semuanya senang

Suasana pun bisa jadi tenang

Kerana ianya bulan kemenangan

Ramadan kini tiba. Insyallah tinggal beberapa minggu sahaja lagi kita akan menyambut bulan yang penuh berkat iaitu bulan ramadhan. Hati mukmin tidak sabar lagi untuk mengambil peluang semaksima mungkin dibulan yang berkat ini demi mendapatkan bekalan iman dan meningkatkan diri. Dihujung Syaaban, Rasulullah saw berkhutbah mengingatkan para Sahabat ra tentang Ramadan. Di sini saya mengambil kesempatan mengingatkan diri saya dan kita sekelian berkenaan Ramadan dan persiapan untuk memasukkinya.
Kita memasuki bulan berkat dimana pahala dilipatkali gandakan bagi mereka yang mengharap ganjaran dan keredhaan Allah swt. Dengan ini hamba-hambaNya semakin bertaqarrub kepadaNya dan lebih berpeluang memasuki Syurga yang disediakan Allah swt. Dari Qutaibah, dari Ismail bin Jaafar dari Abi Suhail, dari ayahnya dari Abu Hurairah ra. sabda Rasulullah saw bermaksud, “Apabila datang Ramadan, dibukakan pintu-pintu Syurga” (hadis sahih riwayat Al-Bukhari).
Dengan berpuasa, kita menahan diri dari makan, minum, hubungan suami isteri, menjaga lidah, pemandangan dan hati hanya semata-mata kerana Allah. Oleh itu Allah sendiri yang akan membalasnya. Sabda Rasulullah saw bermaksud, “Sesiapa yang mendirikan (solat dan ibadah) di malam Lailatul Qadar dengan penuh iman dan mengharap ganjaran Allah, diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu. Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadan dengan penuh iman dan mengharap ganjaran Allah, diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu” (hadis sahih riwayat Al-Bukhari).
Didalam Ramadan, kita melipatgandakan ibadah solat kita, dan lebih membiasakan diri kita mendampingi surau, masjid dan para jemaah didalamnya yang beriman. Sabda Rasulullah saw berkenaan Ramadan bermaksud, ‘Sesiapa yang mendirikan (solat Tarawih) di bulan Ramadan, dengan penuh keimanan dan mengharap ganjaran Allah, diampunkan untuknya akan kesalahan yang telah dikerjakannya”(hadis sahih riwayat Al-Bukhari).
Ramadan mengajar kita erti persaudaraan dan kesatuan umat Islam. Dari Ibnu Syahab, dari Urwah bin Az-Zubair, dari Abdul Rahman bin Abdul Al-Qari’ berkata: Aku keluar bersama Umar Al-Khattab ra pada suatu malam Ramadan ke masjid dan mendapati orang ramai bersolat sendiri-sendiri dan berselerakan. Ada yang bersolat sendirian. Ada yang bersolat diikuti beberapa orang. Umar ra berkata bermaksud,“Aku lihat jika dikumpulkan mereka dibawah seorang imam, itu adalah lebih baik”.Kemudian beliau melaksanakannya dan mengumpulkan orang ramai (bersolat) diimami oleh Ubay bin Kaab ra. Pada suatu malam yang berikutnya, aku pergi bersamanya ke masjid dan melihat orang ramai bersolat di belakang seorang imam mereka. Umar ra berkata, “Alangkah baiknya bid’ah ini“… (hadis sahih riwayat Al-Bukhari).
Ramadan adalah bulan Al-Quran dimana Al-Quran diturunkan Allah swt pada bulan tersebut. Jibril menyemak bacaan dan hafazan Al-Quran Nabi saw dijuga dibulan ini. Oleh itu kita jadikanlah bulan ini bulan yang lebih meriah bagi kita bersama Al-Quran, dengan membacanya dan melaksanakan ajaran-ajaran yang terkandung didalamnya. Ramadan adalah bulan bersedeqah, berkasih sayang sesama umat Islam dan makhluk Allah swt. Kita perbanyakkanlah bersedekah dan menjamu orang lain. Ibnu Abbas ra berkata bermaksud, “Adalah Nabi saw orang yang paling pemurah dengan kebaikan. Dia saw. lebih pemurah lagi di dalam bulan Ramadan apabila didatangi oleh malaikat  Jibril. adalah Jibril bertemu Nabi saw tiap malam di bulan Ramadan sehingga pagi dan mengemukakan Al-Quran kepada Nabi saw. Apabila Nabi saw bertemu Jibril, Baginda saw menjadi lebih pemurah dari angin yang bertiup” (hadis sahih riwayat Al-Bukhari).
Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatul Qadr. tahukah kamu apakah malam Lailatul Qadr. Malam Lailatul Qadr lebih baik dari 1000 bulan. Malaikat dan ruh turun pada malam itu dengan izin Tuhan mereka dalam tiap urusan. Sejahtera malam tersebut hingga terbit fajar” (Al-Quran).
Mukmin dan mukminah sentiasa mengejar peluang yang disediakan Allah swt untuk hamba-hambaNya. Ini termasuklah ganjaran berlipatkali ganda Malam Lailatul Qadar dimana ia lebih baik dari 1000 bulan (83 tahun). Sabda Rasulullah saw bermaksud,“Dapatkanlah (dengan tekunlah beribadat) pada malam Lailatul Qadar pada Sepuluh Malam Terakhir dibulan Ramadan” (hadis sahih riwayat Al-Bukhari). Dalam riwayat Al-Bukhari yang lain bermaksud, “Dapatkanlah (dengan tekunlah beribadat) pada malam Lailatul Qadar pada malam-malam ganjil di Sepuluh Malam Terakhir dibulan Ramadan”.
Calm_Islam_by_issam_zerr
Ramadan adalah bulan Iktikaf, iaitu berada di masjid untuk memberi tumpuan sepenuhnya beribadah khusus kepada Allah swt. Iktikaf membersihkan hati dan akhlak kita, kerana kita berdamping dengan rumah Allah swt dan dapat tenang memuhasabah dan menilai diri kita yang sering alpa dan tergoda. Dari Urwah bin Az-Zubair ra dari Aisyah ra berkata bermaksud, “Sesungguhnya Nabi saw beriktikaf pada Sepuluh Malam Terakhir di bulan Ramadan sehingga Baginda saw diwafatkan Allah. Selepas kewafatannya, isteri-isterinya pula beriktikaf” (hadis sahih riwayat Al-Bukhari).
Ramadan adalah bulan Jihad dan Kemenangan. Di dalam bulan ini orang-orang beriman mencapai kemuncak ikhlas dan taqwa, kedua-duanya adalah resepi kemenangan dalam Jihad. Di dalam Ramadan orang-orang beriman memenangi Perang Badar (Tahun 2H), Perang Pembukaan Mekah (Tahun 8H) dan Perang Ain Jalut mengalahkan tentara Monggul.
Semoga Ramadan pada tahun ini merupakan Ramadan yang terbaik buat kita, berjaya kita lalui sepenuhnya dan mendapat rahmah (belas kasih Allah swt), maghfirah (keampunanNya) dan itqum minannar (selamat dari api Neraka). Ya Allah terimalah puasa, solat Tarawih, qiyamullail dan iktikaf kami dibulan yang mulia ini. Ya Allah, terimalah ibadah dan taqarrub (usaha mendekatkan hati dan diri) kami kepadaMu.
Ya Allah, jadikanlah kami diakhir Ramadan dikalangan hamba-hambaMu yang bertaqwa seperti firmanMu bermaksud“Wahai orang-orang beriman, diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas orang-orang sebelum kamu, supaya kamu bertaqwa…” (surah Al-Baqarah). Ameen.

jaga-jaga dengan SANTAU


Santau atau juga dikenali sebagai tuju-tuju, merujuk kepada sejenis ilmu hitam yang digunakan untuk meracun musuh. Secara umum, santau dilakukan dengan 2 cara iaitu cara fizikal dan cara santau angin.[1][2]
Santau secara fizikal biasanya meracun seseorang melalui makanan atau minuman. Makanan seseorang itu ditaruh miang buluhkacaserbuk Ipohbisa besi, dan lain-lain.[3] Bahan-bahan tersebut akan memasuki perut seseorang dan akan melukakan bahagian dalam perut. Musuh yang termakan racun santau ini akan muntah darahpitampengsan dan meninggal dunia. Terdapat juga jenis santau yang hanya perlu diletakkan pada baju atau kasut mangsa. Bagi santau jenis ini, serbuk kaca atau buluh akan menyebabkan rasa miang yang menyebabkan mangsa menggaru. Perbuatan ini akan melukakan kulit mangsa dan membolehkan bahan racun ramuan santau memasuki saluran darah, dengan itu meracun mangsa.[4]
Santau angin lebih mistik iaitu dengan bacaan jampi tertentu dan dihembuskan ke arah musuh.[5]
Menurut kepercayaan juga, pengamal ilmu santau sukar atau tidak dapat zuriat disebabkan bisa santau yang diamalkan oleh mereka mampu membunuh zuriat yang dikandung oleh isteri mereka[perlu rujukan].
Santau juga pernah disebut dalam Hikayat Abdullah.[6]

Doa pelindung


Apakah Itu Santau?
Racun santau ialah sejenis sihir iaitu racun yang diberi kepada mangsa melalui zahir atau melalui angin iaitu melalui pemujaan syaitan atau jin. Mangsa yang kena santau selalu dibinasakan dengan perlahan-lahan sama ada supaya dia menderita berpanjangan yang berakhir dengan kematian ataupun menemui ajalnya dalam jangka masa tertentu.
Ada tiga jenis bahan utama yang selalu digunakan untuk menyediakan racun santau. Bahan-bahan ini terdiri dari benda-benda gatal (miang), bisa dan pedih.
Bahan-Bahan Yang Digunakan:
  1. Bahan Bisa boleh diperoleh daripada bahan untuk membuat racun seperti air lipan bara, bisa ular senduk, bisa ular kapak, bisa katak puyu, ubur-ubur, bisa getah ipuh, buah kacang hantu, bisa akar-akar kayu dan sebagainya.
  2. Bahan Miang/Gatal diantaranya ialah sepertu miang sembilu buluh, miang tebu, miang rebung, tali guni, ulat bulu yang masih hidup. Mangsa yang terkena santau ini selalunya akan merasa gatal di tekak, manakala badannya terasa bisa.
  3. Bahan Pedih (melukakan) yang menyebabkan mangsa merasa pedih apabila terkena santau. Bahan tersebut adalah kaca, mentol lampu, rambut, benang sutera, tali sabut, kuku manusia atau binatang, kelongsong telur ayam, bahan-bahan kotor daripada binatang yang telah mati seperti kulit lipas, lipan dan sebagainya.
Dalam pengalaman penulis mengubati pesakit racun santau, penulis telah bertemu dengan pesakit yang disantau dengan menggunakan bahan-bahan lain seperti bangkai tikus dan juga tuala wanita (sanitary pad) yang telah digunakan.
Santau hikmat atau lebih dikenali sebagai ‘santau angin’ atau ‘santau seru’, santau ini akan dihantar kepada mangsanya dengan menggunakan bantuan syaitan atau jin. Santau angin boleh dihantar ke rumah atau ke tempat kediaman menyebabkan ahli atau sebahagian mereka yang mendiami rumah tersebut terkena santau.
Jenis-Jenis Santau:
Terdapat 2 jenis santau -
1. Santau yang disediakan dan diberi makan kepada mangsa secara hakikat atau zahir. Kesan santau ini semata-mata bergantung kepada kekuatan dan keberkesanan bahan racun santau yang diadunkan. Walau bagaimanapun bahan itu mudah keluar melalui saluran najis seperti proses makanan biasa.
2. Santau yang disediakan daripada bahan dan kaedah tertentu yang menggunakan hikmat. Istilah hikmat di sini bermaksud santau yang dibuat disertai pemujaan syaitan dan jin. Santau jenis ini tidak mudah keluar melalui saluran najis. Ia akan kekal dalam badan selagi tidak dikeluarkan dengan cara tertentu. Mangsa santau walaupun telah diubati tetapi saki baki santau yang tinggal dalam badan akan membiak dan boleh menyebabkan mangsa berkenaan sakit semula.
TANDA-TANDA TERKENA RACUN SANTAU:
Tanda-tanda awal seseorang itu terkena santau ialah rasa perit dan gatal pada tekak yang disertai dengan batuk. Batuk merupakan tanda yang paling lumrah bagi mereka yang terkena santau. Pada peringkat awal batuk disertai dengan pening kepala dan deman pagi dan petang. Batuk ini berlainan seperti batuk biasa. Ia merupakan batuk kering yang memanjang tanpa mengeluarkan kahak. Pesakit akan batuk pada masa-masa tertentu sahaja seperti antara pada pukul 12 tengah malam hingga 5 pagi.
Pesakit juga akan merasa lesu dan deman, tidak boleh tidur malam, rasa gelisah, dan tidak berupaya berfikir seperti biasa. Kadangkala mangsa akan muntah darah. Darah yang keluar adalah akibat luka atau kerosakan mana-mana organ dalam badan dan akibat terkena bisa santau atau bahan-bahan yang melukakan.
Apabila batuk sampai ketahap serius, pesakit akan muntah darah bercampur dengan nanah. Pesakit kadang-kadang akan berasa seolah-olah ada rasa busuk keluar dari saluran tekaknya. Ini terjadi akibat luka yang telah menanah dari mana-mana organ dalam badan.
Sintom & Kesan Santau:
  1. Pesakit akan berasa lenguh sendi terutama di bahagian lutut dan pinggang.
  2. Berasa tidak selesa dan sering sakit kepala.
  3. Kurang selera makan menyebabkan badan kurus, pucat, letih dan kurang aktif.
  4. Kurang daya ingatan.
  5. Berubat tabiat asal menjadi pemarah atau panas baran.
  6. Sakit di bahagian tengkuk.
  7. Kesan lelah atau asthma.
Bahan-bahan racun santau ini akan bergerak sedikit demi sedikit menurut pergerakan darah dan berhenti di sendi-sendi. Kemudian ia akan terus bergerak ke hujung kaki dan tangan. Sekiranya kuku seseorang itu berwarnia hitam kebiru-biruan, ini menandakan pesakit itu sudah sampai ke peringkat yang teruk. Ketika ini pesakit selalu berasa kebas di kaki dan tangan.
Bahan santau yang diperbuat daripada bahan gatal, miang dan bisa itu apabila terkena pada organ-organ tertentu boleh menyebabkan bahagian-bahagian tersebut luka dan berkudis. Kuman-kuman yang ada pada kudis itu akan terus menyerang anggota badan lain sedikit demi sedikit. Kuman-kuman ini mungkin menyerang paru-paru, buah pinggang, dan anggota yang lain. Serangan pada bahagian ini menyebabkan pesakit mendapat sakit sampingan sepertu lelah, sakit buah pinggang, hati (liver) dan sebagainya.
Antara artikel yang berkaitan yang boleh dijadikan rujukan: Ujian Mengesan Jin Dalam Badan.



Adakah Anda Masih Belum Bertemu JODOH?