Jaga Aib Suami Selepas Kahwin


Ramai perempuan Muslimah di antara kita yang terlupa tentang kewajipan utama kita untuk menjaga aib suami kita.
Sebagai pengurus dan penjaga rumah, isteri selalunya ambil tanggungjawab melakukan kerja rumah dan apa-apa keperluan lain, sementara lelaki ambil tanggungjawab mencari duit di luar rumah.
Allah SWT telah mengarahkan wanita untuk menjadi “pengawal” harta dan kehormatan suami semasa suaminya tiada;
Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya. (QS An-Nisaa 4:34)

Memelihara “apa jua yang wajib dipelihara” bermaksud harta suaminya, maruah dan kesucian dirinya, serta maruah dan nama suaminya.
Walaupun ramai isteri yang hebat dalam menjaga keperluan rumahtangga, rajin memasak, mengemas, cantik, pandai, setia dan sebagainya, tapi masih ramai yang lupa kepentingan menjaga aib suami.
Memang kalau dengan orang ramai, kebanyakan isteri akan memuji suami mereka tapi bila berborak dengan orang yang rapat, pasti akan terkeluar keburukan suaminya.
Anda Masih Mencari Photographer Untuk Majlis Nikah & Sanding
Click disini >>> Setia Picture Photography
Hati-hati dengan kata-kata yang tak disengajakan bila berbual dengan orang lain. Menjaga aib suami adalah salah satu perintah Allah SWT kepada para wanita Muslim yang sudah berkahwin. Jadi jangan sesekali sebut kekurangan, sifat atau perbuatannya kepada orang ketiga dalam cara yang boleh merendah-rendahkannya. Kadang-kadang kita tak sebut kekurangannya, tapi kita bercakap tentangnya dalam cara yang menunjukkan kita tak suka.
Diriwayatkan oleh Ibn Abbas, Rasulullah SAW bersabda, “Sebaik-baik wanita (isteri) adalah wanita yang bila dipandang menyenangkan bagimu, dan bila penrintah dia taat, dan bila kau tiada dia menjaga dirinya dan hartamu” (HR Ibn Majah)
Memang Islam membenarkan wanita dapatkan pertolongan bila ada masalah yang besar dalam rumahtangga, tapi pilih orang yang betul-betul boleh dipercayai untuk luahkan masalah anda. Pilihlah orang yang beragama, memahami dan bertanggungjawab supaya masalah anda boleh diselesaikan dengan sebaiknya tapi kisah anda pun tetap tersimpan dengan rapi.
Bila timbul masalah remeh pula, hadapilah dengan sabar dan bijak. Jangan mudah cerita pada kawan sekeliling. Paling penting, jangan mudah bawa ke media sosial. Kadang-kadang kita rasa benda biasa tapi orang lain boleh “tambah perisa” dan jadikan ia isu besar walaupun ia tak ada kena mengena dengan mereka.
Ada hikmah di sebalik semua perintah Allah SWT jadi bila para isteri disuruh untuk menjaga aib suami, percayalah mesti ada sebab yang kukuh.
Bila ada masalah, angkat tangan dan mengadu pada Allah SWT. Percaya padaNya. Kalau anda jalankan semua tanggungjawab padaNya, dia pun akan penuhkan hidup anda dengan ketenangan dan rasa bahagia.
Sumber: Bercintaselepasnikah.my

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Yakinlah ada sesuatu yang menantimu selepas banyak kesabaran yang kau jalani yang akan membuatmu tersenyum hingga kau lupa pedihnya rasa sakit.

Adakah Anda Masih Belum Bertemu JODOH?