Pilihlah Untuk Terus Bercinta

Perancangan untuk mencintai seseorang atau memilih pasangan sebenarnya adalah salah satu perkara yang paling indah tentang cinta. Benar kata orang, cinta sejati adalah komitmen tanpa syarat kepada orang yang tidak sempurna.
Bila hari perkahwinan tinggal sekadar memori dan hati tak lagi berbunga, kamu akan sedar bahawa kamu telah berkahwin dengan seseorang yang tidak sempurna, sama seperti kamu sendiri. Dan begitu juga, pasangan kamu akan mula sedar yang kamu juga manusia biasa yang mempunyai masalah dan kekurangan seperti mereka.
Ketika ini kamu sedar bahawa cinta sejati bukanlah sekadar satu perasaan ghairah dan spontan tetapi ia adalah satu pilihan. Bila kamu membuat pilihan ini, kamu sedang merancang untuk mencintai seseorang di saat baik dan buruk, susah dan senang, sihat dan sakit. Memang kamu tak memilih siapa yang bakal menarik perhatian kamu, tapi kamu pasti boleh memilih siapa yang akan kamu cintai sepanjang hidup kamu.
Masyarakat kita meletakkan banyak penekanan kepada perasaan. Kita diajar bahawa kita harus sentiasa mengikuti perasaan kita dan melakukan apa sahaja yang membuatkan kita gembira. Tetapi perasaan berubah-ubah dalam sekelip mata. Real love, on the other hand, is a choice we make. Ianya pilihan yang pasti dan benar. Setiap kali kamu hilang dan keliru, kamu dapat mencari kekuatan dalam cinta yang kamu pilih.
Selain cinta, hidup sentiasa menawarkan kita pelbagai cabaran lain; penolakan. Dibuang kerja, sakit hati, kecewa, putus asa, penyakit, dan pelbagai masalah lain. Kamu tak boleh lari setiap kali ditimpa masalah. Sebaiknya belajarlah cara mengendalikan masalah itu dan dalam hal cinta, belajarla mengemudi perkahwinan itu dengan baik.
Cinta bukan sekadar perasaan. Dan cinta sejati tak seindah dalam filem. Kebanyakan masa, cinta memerlukan pengorbanan yang kamu sendiri tak sangka kamu akan lakukan. Bila terpaksa meminta maaf walaupun kamu tak bersalah, menyokong impian pasangan kamu walaupun ianya menyusahkan hidup kamu, tersenyum walau sedang dalam kesedihan, untuk menjaga nama baik keluarga walaupun kamu merana. Cinta sejati tak mudah dan langsung tak sama dengan apa yang kamu nampak semasa hari perkahwinan, tapi ianya jauh lebih bermakna dan berbaloi.
Mari sama-sama kita hayati pepatah inggeris ini: “No one falls in love by choice, it is by chance. No one stays in love by chance, it is by work. And no one falls out of love by chance, it is by choice.”
Jika kamu benar-benar suka kepada seseorang atau sebaliknya, berilah komitmen yang sepenuhnya meskipun kadangkala cinta itu memerlukan usaha dan tanggungjawab yang berpanjangan bagi memastikan ianya kekal.
(24)
Credit : Bercinta Selepas Nikah
Sumber gambar: ZackFahmie

Tips Memilih Pasangan Hidup

Kita semua ingin memiliki keluarga yang diredhai Allah. Tapi membina keluarga yang baik itu bermula dengan memilih pasangan yang baik.
pasangan kita adalah orang yang menemani kita sepanjang hidup kita. Jadi dalam hal pemilihan pasangan, ianya perlu dilakukan dengan hati-hati dan teliti supaya kita tak stersalah pilih dan rumahtangga tak bergoyah.
Dalam memilih pasangan hidup, Islam ada menggariskan beberapa kriteria-kriteria yang sepatutnya dicari. Antaranya:
Taat kepada Allah dan Rasul
Ini kriteria yang paling penting. Perkara paling asas yang wajib ada dalam pasangan kita. Rasulullah juga menganjurkan memilih isteri yang baik agamanya: “Wanita biasanya dinikahi kerana empat perkara: Kerana hartanya, kedudukannya, rupa parasnya dan agamanya. Maka hendaklah kamu memilih wanita yang baik agamanya (Islam). Jika tidak, nescaya kamu akan rugi”. (HR: Bukhari-Muslim).
Rasulullah juga ada menyatakan bahawa: “Jika datang kepada kalian seorang lelaki yang kalian redhai agama dan akhlaknya, maka nikahilah dia. Jika tidak, akan terjadi fitnah di atas muka bumi dan kerosakan yang dahsyat”. (HR Tirmidzi)
Oleh yang demikian, ilmu agama adalah perkara penting yang menjadi perhatian dalam memilih pasangan. Kerana bagaimana mungkin seseorang dapat menjalankan perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya, sedangkan dia tidak tahu apa yang diperintahkan oleh Allah dan apa yang dilarang oleh-Nya? Di sinilah diperlukan ilmu agama untuk mengetahuinya.
Maka pilihlah calon pasangan hidup yang memiliki pemahaman yang baik tentang agama kerana salah satu tanda orang yang diberi kebaikan oleh Allah adalah memiliki pemahaman agama yang baik.
Al Kafa’ah (Sekufu)
Al Kafa’ah secara syariat menurut ulama adalah sebanding dalam agama, nasab (keturunan), kemerdekaan dan pekerjaan atau dengan bahasa lain setara atau setaraf dalam agama dan kedudukan status sosial. Firman Allah dalam surah An-Nur ayat 26 yang bermaksud: Wanita-wanita yang keji untuk lelaki-lelaki yang keji. Dan lelaki-lelaki yang keji untuk wanita-wanita yang keji. Wanita-wanita yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik. Dan lelaki-lelaki yang baik untuk wanita-wanita yang baik”. Salah satu hikmah daripada anjuran ini adalah dapat menjadikan rumah tangga lebih harmoni dan aman damai.
Menyenangkan jika dipandang
Rasulullah dalam satu hadis ada menyebutkan, membolehkan kita menjadikan faktor fizikal sebagai salah satu kriteria dalam memilih calon pasangan. Ini kerana rupa paras yang cantik atau tampan, juga keadaan fizikal yang menarik, salah satu faktor penyumbang keharmonian rumah tangga. Maka mempertimbangkan hal tersebut selaras dengan tujuan pernikahan, iaitu untuk menciptakan ketenteraman di dalam hati.
Subur (mampu menghasilkan zuriat)
Di antara hikmah pernikahan adalah untuk meneruskan keturunan dan memperbanyakkan jumlah umat Islam dan memperkuat izzah (kemuliaan) kaum Muslimin. Ini kerana hasil pernikahan dapat melahirkan anak-anak kaum Muslimin yang kelaknya akan menjadi orang-orang soleh dan solehah yang mendakwahkan Islam. Oleh yang demikian, Rasulullah menggalakkan memilih calon isteri yang subur. “Nikahilah wanita yang penyayang dan subur! Kerana aku berbangga dengan banyaknya umatku”. (HR: An Nasai, Abu Dawud).
Kriteria khas untuk memilih calon suami
Khusus bagi seorang Muslimah yang hendak memilih calon suami, ada satu kriteria penting yang perlu diperhatikan, iaitu memiliki kemampuan untuk memberi nafkah kerana memberi nafkah merupakan kewajipan seorang suami. Islam telah menetapkan sikap mensia-siakan hak isteri, anak-anak serta kedua orang tua dalam nafkah termasuk dalam kategori dosa besar. Rasulullah bersabda “Cukuplah seseorang itu berdosa apabila dia mensia-siakan orang yang menjadi tanggungannya”. (HR: Ahmad, Abu Dawud).
Walau bagaimanapun, tidak bererti calon suami harus kaya raya, cukuplah jika dapat memenuhi keperluan (sederhana) untuk ahli keluarganya. Malah Allah telah menjanjikan kepada para lelaki yang miskin yang ingin menjaga kehormatannya dengan bernikah akan diberi rezeki. “Dan nikahkanlah orang-orang yang masih bujang di antara kalian. Jika mereka miskin, Allah akan memberi kemampuan kepada mereka dengan kurniaan-Nya”. (Surah An-Nur ayat 32).
Kriteria khusus untuk memilih isteri
Salah satu bukti bahawa wanita memiliki kedudukan mulia dalam Islam adalah terdapatnya anjuran untuk memilih calon isteri yang lebih selektif iaitu adanya beberapa kriteria khusus, antaranya:
Taat kepada suami
Suami adalah pemimpin dalam rumah tangga dan sebagai pemimpin patut ditaati. Oleh sebab itu dalam Islam memerintahkan seorang isteri untuk taat kepada suaminya kecuali dalam perkara yang diharamkan. Meninggalkan ketaatan kepada suami merupakan dosa besar, sebaliknya taat pada suami diberi ganjaran pahala yang besar.
Maka seorang Muslim hendaklah memilih calon pasangan hidupnya yang telah menyedari akan kewajipan ini.
Menjaga aurat dan tidak mempamerkan kecantikan kecuali kepada suaminya
Maka pilihlah calon isteri yang memahami dan menyedari hal ini iaitu Muslimah yang memakai pakaian menutup aurat mengikut syariat Islam.
Gadis lebih diutamakan daripada janda
Rasulullah menganjurkan agar menikahi si gadis kerana secara umum gadis memiliki kelebihan dalam hal kemesraan dan dalam memenuhi keperluan biologi. Walau bagaimanapun tidak menjadi hal jika menikahi janda jika melihat maslahat yang besar. Seperti sahabat, Jabir bin Abdillah yang bernikah dengan janda anak lapan yang masih kecil.
Nasab yang baik
Dianjurkan selidik terlebih dahulu nasab atau salasilah keturunan calon isteri dengan alasan ahli keluarga mempengaruhi ilmu, akhlak dan keimanan seseorang. Seorang wanita yang lahir dalam keluarga yang baik Islamnya, insya Allah akan menjadi wanita solehah.

Sumber: Majalah Dara.com

Sumber gambar: ZackFahmie

Jodoh Itu Juga Satu Perjuangan

Ini bukan kisah jodoh yang ‘dipermudahkan’, jauh sekali kisah ‘senanglah, family dia faham agama’, atau pun kisah ‘tak perlu susah-susah mahar yang mahal dan tinggi’. Ini hanya kisah perkahwinan yang biasa sahaja, yang banyak halangan, dan terlalu banyak cabaran. Cuma, penulis hanya mahu kongsikan satu perkara:

“JODOH ITU JUGA SATU PERJUANGAN”
RAMADHAN 2013
Ramadhan tahun 2013, semasa tiga malam terakhir, mendengar satu pengisian sempena malam lailatur qadar sebelum solat terawih. Satu yang sangat terkesan dalam hati saya, apabila diakhir tazkirah, ustaz yang memberi pengisian mengatakan dengan penuh perasaan tentang kuasa doa, lagi-lagi pada bulan ramadhan.
“buat adik-adik yang berkeinginan mahu kahwin itu, tetapi masih tiada teman. Berdoalah adik-adik. Doa! Doa minta sungguh-sungguh dengan Allah.. siapa tahu, di saat kamu berdoa, di dunia ini juga ada seorang lelaki/ perempuan yang sedang bersungguh-sungguh memohon kepada Tuhan nya untuk dipercepatkan jodohnya. Nah! Boleh sahaja doa kalian itu bertemu, dan disatukan dengan izin Allah SWT.”
Ayat ini begitu terkena di hati saya. Dan pada ketika itu juga saya terus memasang tekad. “ramadhan akan datang, inilah yang akan menjadi doa ku disetiap sepertiga malam”. Kerana pada ketika itu, usia saya 22 tahun. Perancangan (baca: impian angan2 zaman muda remaja) merancang untuk menamatkan zamanbujang sebelum umur 25 tahun.
RAMADHAN 2014
Setibanya ramadhan 2014, setiap malam. Itulah doa saya. “Ya Allah, kau hadirkanlah insan yang selayaknya buatku. Kau hadirkanlah seorang lelaki yang telah kau ciptakan untukku. Lupakan aku pada semua kisah silam dan pengharapanku. Hadirkan lah ya Allah, hadirkan seorang lelaki beriman, elok pekerjaannya, dan pastinya yang baik untuk agama dan akhiratku..permudahkan dan percepatkanlah jodohku ya Allah..perkenankanlah ya Allah”. Begitulah bait-bait doa saya, dengan penuh pengharapan. Nikmat! Ya nikmat mengadu dan berharap di sepertiga malam itu memang nikmat, lagi-lagi di bulan ramadhan.
Begitulah doa sepanjang 29hari ramadhan. Maknanya, mungkin juga doa itu termakbul pada malam lailatul qadar? Wallahu alam.
Orang kata, doa sahaja tidak cukup tanpa usaha. Ya. Saya pun berusaha. Berusaha mencari alternatif bagaimana aku hendak mengenali seorang lelaki, yang juga serius untuk berkahwin, dan bukan untuk bergembira atau mengisi masa lapang sahaja. Bagaimana??? Saya kira bahagian ini, cukuplah menjadi simpanan kenangan saya dan si dia.
14 OGOS 2014
Dipendekkan cerita, tidak sampai sebluan selepas raya tahun 2014 itu, pada 14 ogos 2014, saya berkenalan dengan seorang lelaki. 2 minggu perkenalan yang ringkas. 30 ogos 2014 berjumpa buat pertama kalinya, saya ditemani oleh keluarga saya. Awkward juga lah masa tu. Nasib baik ada family yang menemani. Bersembang tentang dunia pendidikan, sambil-sambil bercerita tentang keindahan negeri saya. Selepas itu, sehari juga diam membisu.
31 OGOS 2014
31 ogos itu, terus si dia bertanya “nak kahwin dengan saya? Tak nak tak pe”. Hehe. Lucu juga ingat ayat propose si dia ketika itu.
And i was like. Ya ALLAH! Ini ujian, atau ini doaku yang Kau makbulkan? Dan ketika itu, bermulalah segala ujian, ‘PERJUANGAN SEBUAH JODOH’.
Saya anak bongsu daripada X orang adik beradik. Arwah mak sudah tiada. Ayah ada, tapi sudah mejadi warga emas, yang kurang mengambil tahu hal anak-anaknya (sudah besar. Sudah boleh mengurus diri sendiri). Bayangkan sahaja, saya perlu memberitahu hajat kepada setiap seorang abang dan kakak saya. Kalau di ingat waktu itu, sekitar bulan september, Allah sahaja menjadi saksi air mata saya. Antara respon yang masih saya ingat:
“orang jauh. Kenapa jauh sangat? Sudahlah. Banyak lagi lelaki. Cari orang yang dekat. Abang-abang tidak mahu kita berjauhan”
“jangan cakap pasal kahwin dahulu. Habiskan study setahun berbaki”
“belum kerja. Mana boleh kahwin.”
Sakit nya ketika itu, hanya dapat mengadu dengan sahabat baik. Tapi diri tidak berputus asa. Teruskan convincing kakak dan abang. Teruskan berdoa, dan memikirkan alternatif lain.
4 OKTOBER 2014 (RAYA AIDIL ADHA)
Mujur si dia seorang lelaki yang boleh dikategorikan lelaki berani. Jangan berputus asa katanya. Meminta no. telefon abang saya untuk dihubungi dan memberitahu hajat. Bagaimana sebenarnya perasaan yang dihadapi oleh seorang lelaki untuk bersemuka dengan keluarga perempuan secara langsung, saya pun tidak tahu dan tidak dapat bayangkan. Ketika itu, saya pun tidak menharapkan apa-apa lagi. Si dia memberitahu bahawa abang saya jemput datang ke hometown X sewaktu raya haji pada oktober 2014.
Si dia yang sangatlah baru di negeri ini, gagahkan diri juga drive 10 jam untuk ke kampung halaman saya. Dipendekkan cerita, alhamdulillah, abang saya memberi respon yang positif. Si dia merancang untuk membawa keluarganya berjumpa keluarga saya, pada hujung tahun 21 Disember 2014. Bergerak lagi ke satu fasa berikutnya. Ya, bukan semudah “okay boleh langsungkan perkahwinan pada hari sekian dengan mahar sekian sahaja”. TIDAK.
21 DISEMBER 2014
Satu lagi cabaran, tarikh tersebut merupakan tarikh study week final exam saya, untuk semester terakhir dalam pengajian yang punya peperiksaan. (tidak termasuk semester khas praktikal). 29 disember itu peperiksaan bermula. Rakan-rakan yang lain sibuk menelaah di kampus, saya pula sibuk pulang kampung untuk dirisik. Tapi satu yang saya pegang.. “ini pilihan dan jalan yang aku pilih, risiko juga perlu untuk aku hadapi”. Hari kejadian, kedua belah keluarga terus memutuskan tarikh: 31 Mei 2015, nikah + walimah.
Selesai sahaja urusan merisik dan ‘unofficial engagement’ kata si dia, (yalah, dalam islam pun pertunangan ini sebenarnya bukan untuk dihebahkan. Tapi sekarang orang bertunang pun dah macam kahwin. Kan?). Untuk kami, cukuplah pengetahuan ahli keluarga terdekat, dan sebentuk cincin menghiasi jari saya sebagai tanda. Kemudian saya pulang ke kampus dan berhempas pulas mengulang kaji pelajaran. Bukan apa, kerisauan utama saya, kalau lah result saya menjunam, mesti abang2 saya akan blame soal kahwin ini.
Alhamdulillah, siapa tahu percaturan Allah, semester yang saya sibuk dengan hajat ingin berkahwin, semester itu juga yang memberikan saya nilai 4.00 untuk keputusan final exam. Allah!! Lihatlah betapa besar dan cantik perancangan Allah.
Bayangkan sahaja, berapa wang ringgit yang dia perlukan untuk menerbangkan ahli keluarganya.
Tapi, perjalanan jodoh ini tidak semudah itu, sangkut juga pada soal mahar dan hantaran. Terus terang, adat kami masih terlalu tinggi soal ini. Sejumlah nilai yang besar diletakkan kepada si dia. Bukan tidak mampu, tapi saya yakin sukar untuk nya yang baru sahaja membina kerjaya nya. Hanya airmata menjadi peneman saya disebalik pintu bilik. Sungguh, perempuan dan airmata itu sudah seperti sahabat karib! Tidak dapat dipisahkan!
Saya ketika itu lebih memilih untuk berputus asa. Saya kesian melihat dia. Dan saya terkilan dengan syarat yang ditetapkan keluarga.
Seminggu juga si dia berfikir (langsung tiada menghubungi saya). Ikhtiar barangkali. Seminggu kemudian pesanan ringkas yang diberikan.
“jangan cakap bukan-bukan. Saya yang nak dekat awak, saya akan usahakan. Saya serius. Awak tolonglah saya dengan doa”
31 MEI 2015.
Alhamdulillah, saya kini bergelar isteri kepada seorang suami dengan sekali lafaz. Tempoh persediaan kedua-dua keluarga selama lima bulan tidak pernah kami khianati. Tiada yang namanya bergayut, tiada yang namanya bermadah manja di telefon.Sebaliknya tempoh 5 bulan ini saya kira, memberi hikmah kepada saya. Si dia lah yang menjadi orang kepercayaan keluarga saya, untuk menjaga dan menguruskan semua kebutuhan saya sewaktu menjalankan praktikal.
Indahkan percaturan Allah? Alkisahnya, saya memohon untuk menjalani praktikal di sebuah daerah X. borang tersebut saya ini pada Julai 2014, belum pun saya mengenali si dia. Memilih daerah tersebut sebab ada juga seorang keluarga saya yang mungkin boleh untuk saya meminta tolong apabila ada kebutuhan. Dan sewaktu berkenalan dengan dia sebulan selepas itu, saya juga tidak tahu dia sebenarnya berkhidmat tidak jauh dengan tempat saya praktikal. Hanya 20 minit jarak pemanduan.
Apa yang boleh diringkaskan melalui perkongsian ini:
1) jika adik-adik di luar sana berhajat untuk bernikah, tetapi dalam masa yang sama masih ada ‘kekasih gelap’ atau ‘cinta separuh nyawa’ namun masih tiada kepastian, berhentilah dari mimpi ciptaan sendiri. Berdoa dan yakin dengan ketetapan Allah.
2) Benar kata orang, jodoh akan datang apabila kita sudah bersedia. Setahun tempoh saya persiapkan mental. Mula belajar membaca bab-bab perkahwinan, dan rumah tangga. Setahun itu juga saya cuba melupakan ‘mimpi indah buatan sendiri’ yang bukan mudah, bahkan sudah 5 tahun menggenggam mimpi itu. Kisah 5 tahun, dipadam dalam tempoh 1-2 tahun. Bukan mudah, tapi saya cuba untuk realisitik. Sampai bila mahu bertahan untuk sesuatu yang tidak pasti?
3) Yakinlah perancangan Allah yang terbaik. Saya menerima dia bukan atas dasar cinta. Tapi saya menerima dia atas dasar “aku sudah mahu berkahwin. Aku mahu punya suami. Aku mahu menjadi seorang isteri”. Soal cinta, saya berpegang kepada kata-kata, “orang yang kita cintai, tidak semestinya menjadi suami/isteri kita. Tapi orang yang menjadi suami/isteri kita, wajib untuk kita cintai” . Maka selepas keluarga kami sudah menetapkan tarikh, ketika itulah saya belajar menyemai benih dan rasa cinta di dalam hati.
4) meski kita impikan pernikahan yang mudah dan dipermudahkan, tapi percayalah, tidak semua daripada kita bertuah untuk mendapat jalan cerita seperti itu. Kita masih punya keluarga yang perlu dihormati pemikirannya, dan perlu dijaga hatinya. Namun itu bukan penghalang untuk kita terus mencapai bahagia. Jadikan doa sebagai senjata, dan terus cekalkan hati kuatkan jiwa!
Tempoh perkenalan selama 9 bulan ini (september 2014-mei 2015), TIDAK PERNAH ada istilah bergayut, atau bermadah manja di telefon. Berhubung ketika perlu hanya melalui whatsapp/sms.
Mengimbas kembali cerita di awal kisah ini, mungkin doa saya sememangnya diaminkan para malaikat pada ramadhan yang lepas itu. Subhanallah! Alhamdulillah! Allahuakbar!
Wahai suamiku! Kita sudah halal untuk bercinta. Jom bercinta sampai syurga? Sudah lama kita ‘berpuasa’ untuk bercinta kan. Inilah masanya untuk ‘berbuka’  saya cinta awak!
Sumber: Azaina Lanus

Iringi Usaha Dengan Istikharah

Tergerak saya nak share kisah permulaan saya dan suami sampai ke jinjang pelamin. Saya cakap pada diri sendiri. Saya tak nak bercinta. Kalau boleh nak bercinta lepas nikah sebab lepas kencundang dalam percintaan dulu..
Genap usia saya 26tahun sahabat saya mengenalkan saya dengan seorg lelaki di sebabkan saya sudah berjanji pada diri sendiri yang saya takkan bercinta lagi. Terus saya mesej pada lelaki tu a.k.a. suami saya sekarang “kalau nak berkawan dgn sy dtg la rumah mintak izin pd ibuayah’
Dalam masa seminggu suami datang rumah seorang diri untuk berjumpa keluarga saya. Tapi saya tak jumpa suami pon masa tu, hanya sekadar meminta restu perhubungan.
Sepanjang berkawan 3bulan kami hanya bermesej yg penting-penting saja. Selepas istikharah dan terus istikharah.. bulan Jun 2013 keluarga suami dtg menetapkan tarikh utk bertunang.. sebenarnye saya tak pernah bersua muka dan bercakap di telefon sekali pon dengan suami. Suami ada hantar gambar die pada saya tp sy mmg dr awal tak nak bagi die tengok saya.
Selepas di risik, 25hb ogos 2013 kami bertunang. Sepanjang bertunang, kami langsung tak pernah keluar bersama… suami ada ajak tapi saya suruh die keluar makan dengan keluarga saya saja. Saya duduk rumah tak ikut pon.
Setelah di fikirkan kami bersetuju menetapkan tarikh perkahwinan kami 29 mac 2014. Detik demi detik kami lalui segala urusan perkahwinan kami uruskan sendiri-sendiri. Borang nikah baju nikah beli sendiri… redha je kalau tak sama warna sbb warnakan ada banyak jenis. Borang nikah suami serah pada abah, abah yg serah pada saya.
Tepat 29 mac 2014 jam 9.00mlm kami selamat di ijab kabulkan oleh abah saya sendiri.. selepas solat sunat nikah baru la suami dapat tengok rupa saya sebenarnya * lupa nak bagitahu yang saya berpurdah* semasa batal air wudhuk itu lah kali pertama saya bercakap dengan suami.
Alhamdulillah sekarang usia perkahwinan kami genap 2tahun.. dan kami masih dalam fasa bercinta, manis-manisnya gula dan masih nak kenal-kenal. Indahnya bercinta lepas nikah. Janji ALLAH itu pasti.
Jadi saya nak bagi semangat pada adik-adik kakak-kakak yang ada niat untuk bercinta lepas nikah supaya iringi usaha anda dengan istikharah. Jangan harapkan sempurna kerana jodoh yang kita dapat itu selayaknya untuk kita. Tapi mohon selidik latar belakang bakal pasangan anda. Jangan main terima je pulak.
Mohon doakan saya dan suami di kurniakan anak yang soleh dan solehah… dan moga perkahwinan kami kekal sampai syurga.
Sumber: Fazilla Hatta (5894)

Adakah Anda Masih Belum Bertemu JODOH?