“Aku Terima Mu Seadanya”, Benarkan Seperti Yang Tersurat?

Si dia menyatakan dia mencintai dirimu kerana diri mu yang sebenar. Dia menerimamu seadanya dan tidak mahu anda mengubah siapa diri mu, seikhlas mana ucapan yang dilafazkan tidak siapa yang tahu. Namun sekiranya anda cukup bijak meneliti pasti anda dapat mengesan tanda (sign) si dia adalah "ultimate fixer-upper", cuba mengubah siapa diri anda yang sebenar sedikit demi sedikit.

Contoh 1
Si dia mula membelikan baju baru kepada anda tanpa sebarang sebab dan kemudian terus menyuruh anda mengenakan baju tersebut sebaik anda menerimanya. Hari yang berikutnya baju kegemaran anda telah berada di kedudukan paling bawah dalam lipatan baju (si dia ‘membantu’ mengemas almari bajumu).

Bagaimana untuk mengendali?
Jika baju itu cukup ‘cool’, apa lagi yang dinanti, pakai sajalah. Namun jika ianya langsung tidak kena dengan citarasa anda, pakailah untuk sekali sekadar mengambil hati si dia. Jika si dia bertanya mengapa anda tidak lagi memakainya untuk kali kedua, berikan saja alasan baju itu telah rosak semasa anda menyerikanya.

Contoh 2
Si dia akan ‘buat muka’ apabila anda memesan makanan kegemaran anda, steak daging 32 ounce jenis rib eye. Dia sebaliknya menasihatkan anda sekadar memesan makanan berasaskan ayam yang lebih kurang jumlah kolestrolnya.

Bagaimana untuk mengendali?
Lupakan sahaja steak rib eye anda itu tetapi pesan sesuatu yang hampir sama dengan makanan yang anda ingini. Walaupun tidak mengikut sepenuhnya keinginannya sekurang-kurang anda seakan masih mengambil kira nasihat yang diberi oleh si dia.

Contoh 3
Si dia mula merancang aktiviti bersama pada hari yang anda sering bertemu rakan-rakan untuk bermain futsal dan aktiviti lain secara sengaja.

Bagaimana untuk mengendali?
Nyatakan penghargaan anda tentang rancangan yang telah si dia buat untuk anda berdua. Terang dan ingatkan padanya bahawa hari tersebut adalah hari yang cukup penting bagi anda untuk bertemu rakan-rakan rapat sekadar sekali dalam seminggu. Untuk kali pertama turutkan sahaja aktiviti yang telah dirancang, namun untuk minggu yang seteruskan anda perlu ingatkan si dia tentang hari penting anda itu dan tolak dengan cara baik.


For question & reservation please contact @ whatsapp at 018-4024546

Contoh 4
Si dia berpura-pura mengusap rambut anda namun hakikat sebenarnya dia cuba mengubah stail/fesyen rambut anda.

Bagaimana untuk mengendali?
Semasa tangan si dia sibuk ‘mengemaskinikan’ rambut anda, beritahu yang anda sakit kepala dan ingin memintanya untuk mengurut kepala anda. Sebelum dia mula menyikat semula rambut anda, minta diri sebentar dan lihat wajah anda di cermin. Jika kelihatan ‘ok’ biarkan sahaja, namun jika tidak lakukan sedikit perubahan yang sesuai untuk anda.

Contoh 5
Si dia menukar gambar kumpulan ‘rock’ yang tergantung di dinding bilik anda dengan sesuatu yang lebih ‘sentimental’.

Bagaimana untuk mengendalikan?
Nyatakan kepadanya, gambar yang tergantung di dinding itu bukan sekadar poster rock. Tetapi ia adalah sebuah seni yang mempunyai makna tersurat di dalamnya.
Perubahan bukan sesuatu yang negatif, mungkin niat si dia yang ikhlas perlu anda pertimbangkan. Mengubah diri anda ke arah kebaikan tidak ada salahnya bukan?

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Yakinlah ada sesuatu yang menantimu selepas banyak kesabaran yang kau jalani yang akan membuatmu tersenyum hingga kau lupa pedihnya rasa sakit.

Adakah Anda Masih Belum Bertemu JODOH?