Apabila Jodoh Semakin Dekat


Bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita?

Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya.

Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

1. Bersahaja
Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Jika dia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.

3. Membawa untuk mengenali keluarganya dengan lebih rapat
Sekiranya anda dibawa berjumpa keluarganya, ini bermakna pasangan anda begitu serius dengan perhubungan yang dijalin. Ikatan bersama semestinya ingin diakhiri dengan ikatan pernikahan yang sah.

4. Berkongsi kisah suka dan duka bersama
Ikatan yang ikhlas dan serius akan bermula dengan adegan berkongsi cerita dan saling memahami. Apabila saat untuk si dia melamar semakin mendekat, sudah pasti dia mengingini anda mengenali sepenuh dirinya dan keluarganya. Tiada sedikit pun sejarah silam yang akan diselindung kerana perasaan cinta yang suci itu.

5. Menerima kelebihan dan keburukan dirimu
Si dia tidak akan mempertikaikan kelemahan diri anda. Setiap kelemahan pastinya akan ditegur dengan cara yang baik dan tidak menyinggung perasaan. Ini menampakkan kesediaannya untuk menjadikan anda permaisuri hati tidak lama lagi.

6. Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.

5 Kos Tersembunyi dalam Perkahwinan Yang Perlu Anda Tahu


Bajet adalah salah satu bahagian yang paling sukar dalam perancangan perkahwinan.Terutama apabila terdapatnya banyak kos tersembunyi. Oleh itu, ada pakar-pakar kewangan seluruh negara membongkar peruntukan kewangan perkahwinan yang sering kali pengantin lupa untuk senaraikan dalam bajet. Antara yang tersembunyi itu seperti.

Kos Pra Perkahwinan
Menjadi satu ‘trending’ pada zaman kini iaitu mengadakan pra perkahwinan untuk majlis kahwin. Oleh sebab itu, pengantin harus senaraikan peruntukan bajet untuk pra perkahwinan ini. Kebiasaannya hanya mengambil gambar dengan busana-busana indah pengantin. Jadi kos di sini yang perlu diperuntukkan seperti upah juru foto dan penyewaan baju kahwin.

Rawatan Kecantikan
Tidak kira sama ada pengantin lelaki mahupun perempuan sudah tentu ingin kelihatan segak, cantik dan bergaya sempena majlis bahagia tersebut. Oleh itu, pastikan anda memperuntukkan bajet yang secukupnya untuk rawatan kecantikan. Kemudian pilihlah salun ataupun pusat rawatan spa yang memberikan perkhidmatan terbaik.


Anda Masih Mencari Photographer Untuk Majlis Nikah & Sanding
Click disini >>> Setia Picture Photography

Membayar Untuk Tempahan Bilik Hotel
Buat anda yang mengadakan majlis perkahwinan di hotel. Perlu beri perhatian untuk memperuntukkan bajet bagi mendaftar masuk dan menempah bilik tersebut. Ini kerana anda perlu menempah dewan hotel dan bilik untuk dua hari. Tujuannya adalah bagi menjamin anda untuk mendapatkan bilik yang anda suka. Tetapi, jika mempunyai keluarga yang agak besar sudah tentu anda perlu membayar untuk saudara mara dan adik beradik yang lain. Jadi peruntukan bajet yang lebih besar diperlukan.

Makanan Pada Hari Perkahwinan
Sama ada anda bersedia di rumah atau di sebuah hotel, pengapit dan kaum keluarga sudah tentu akan sentiasa bersama anda dalam setiap langkah perjalanan. Jangan biarkan mereka berada dalam keadaan kelaparan. Sediakan sarapan pagi atau hidangan sandwic. Jadi anda perlu memperuntukkan sejumlah bajet untuk makanan tersebut.

Pakaian Dan Aksesori
Simpan bajet pakaian anda untuk tambahan seperti kasut, tudung dan barangan kemas. Kemungkinan barangan tersebut harganya mahal tidak sama seperti yang anda rancang. Namun begitu, anda boleh mengurangkan kos dengan perhiasan tudung yang dipinjam daripada saudara mara.

Para Tetamu Yang Tidak Dijangka
Tidak dapat elak daripada menerima tetamu yang tidak dijangka. Ada yang membuat ‘RSVP’ dan ada yang tidak melakukannya. Namun, secara tiba-tiba hadir di majlis tersebut. Malah, sekiranya rakan anda itu sudah berkahwin, sudah tentu mereka akan membawa anak-anak untuk hadir ke majlis tersebut. Makanya, perkara ini tidak dapat dijangkakan oleh pengantin dan harus membuat tempahan makanan tambahan dan tetapan tempat.

Jaga Aib Suami Selepas Kahwin


Ramai perempuan Muslimah di antara kita yang terlupa tentang kewajipan utama kita untuk menjaga aib suami kita.
Sebagai pengurus dan penjaga rumah, isteri selalunya ambil tanggungjawab melakukan kerja rumah dan apa-apa keperluan lain, sementara lelaki ambil tanggungjawab mencari duit di luar rumah.
Allah SWT telah mengarahkan wanita untuk menjadi “pengawal” harta dan kehormatan suami semasa suaminya tiada;
Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya. (QS An-Nisaa 4:34)

Memelihara “apa jua yang wajib dipelihara” bermaksud harta suaminya, maruah dan kesucian dirinya, serta maruah dan nama suaminya.
Walaupun ramai isteri yang hebat dalam menjaga keperluan rumahtangga, rajin memasak, mengemas, cantik, pandai, setia dan sebagainya, tapi masih ramai yang lupa kepentingan menjaga aib suami.
Memang kalau dengan orang ramai, kebanyakan isteri akan memuji suami mereka tapi bila berborak dengan orang yang rapat, pasti akan terkeluar keburukan suaminya.
Anda Masih Mencari Photographer Untuk Majlis Nikah & Sanding
Click disini >>> Setia Picture Photography
Hati-hati dengan kata-kata yang tak disengajakan bila berbual dengan orang lain. Menjaga aib suami adalah salah satu perintah Allah SWT kepada para wanita Muslim yang sudah berkahwin. Jadi jangan sesekali sebut kekurangan, sifat atau perbuatannya kepada orang ketiga dalam cara yang boleh merendah-rendahkannya. Kadang-kadang kita tak sebut kekurangannya, tapi kita bercakap tentangnya dalam cara yang menunjukkan kita tak suka.
Diriwayatkan oleh Ibn Abbas, Rasulullah SAW bersabda, “Sebaik-baik wanita (isteri) adalah wanita yang bila dipandang menyenangkan bagimu, dan bila penrintah dia taat, dan bila kau tiada dia menjaga dirinya dan hartamu” (HR Ibn Majah)
Memang Islam membenarkan wanita dapatkan pertolongan bila ada masalah yang besar dalam rumahtangga, tapi pilih orang yang betul-betul boleh dipercayai untuk luahkan masalah anda. Pilihlah orang yang beragama, memahami dan bertanggungjawab supaya masalah anda boleh diselesaikan dengan sebaiknya tapi kisah anda pun tetap tersimpan dengan rapi.
Bila timbul masalah remeh pula, hadapilah dengan sabar dan bijak. Jangan mudah cerita pada kawan sekeliling. Paling penting, jangan mudah bawa ke media sosial. Kadang-kadang kita rasa benda biasa tapi orang lain boleh “tambah perisa” dan jadikan ia isu besar walaupun ia tak ada kena mengena dengan mereka.
Ada hikmah di sebalik semua perintah Allah SWT jadi bila para isteri disuruh untuk menjaga aib suami, percayalah mesti ada sebab yang kukuh.
Bila ada masalah, angkat tangan dan mengadu pada Allah SWT. Percaya padaNya. Kalau anda jalankan semua tanggungjawab padaNya, dia pun akan penuhkan hidup anda dengan ketenangan dan rasa bahagia.
Sumber: Bercintaselepasnikah.my

Perangai Orang Baru Kahwin Yang Menjengkelkan


Jangan salah faham, ini bukan artikel yang ditulis disebabkan perasaan cemburu yang menebal. Tapi lebih kepada rasa meluat yang tak dapat dibendung lagi. Haha, gurau je!

Tapi kami percaya ramai yang pernah alami situasi pelik dan agak sukar untuk diterima akal macam ni. Orang lain pun berkahwin juga, tapi tapis-tapislah sikit kemesraan suami isteri tu. Bak kata orang, hal suami isteri lagi manis kalau tak ditayang untuk tontonan umum.
Bagi yang belum pernah terkena, jaga-jaga dengan situasi di bawah ni ya?
1. Muat naik gambar di Instagram setiap 1 jam
Boleh pula dia buat ala-ala dokumentari dan kongsikan apa yang dia dan suami lakukan sepanjang hari secara terbuka di Instagram. Proses dia lebih kurang macam ni:
Upload gambar baru bangun tidur sebelah suami –> tunggu sejam –> selfie sarapan dengan suami –> tunggu sejam –> shopping groceries dengan suami –> tunggu sejam –> cuci kolam ikan dengan suami –> tunggu sejam –> “Terima kasih encik suami sebab belikan pisang goreng. Dah lama mengidam” –> tunggu sejam –> Battery died. Tenang sebentar.
Yeah, you have to stop.
Anda Masih Mencari Photographer Untuk Majlis Nikah & Sanding
Click disini >>> Setia Picture Photography

2. “Lihatlah dunia, kami pasangan paling sweet…”
Geli tahu? Hahaha! Walaupun ramai yang puji bahawa koranglah sweet couple of the year, tapi itu tak bermakna korang boleh update status jiwang dan cheesy untuk pasangan korang setiap masa. Kan lebih elok kalau bersederhana.
3. Bagitau menu masakan untuk suami setiap hari
Buat-buat tanya kawan di Facebook atau Twitter idea resepi baru untuk pikat perut suami. Itu belum lagi yang masukkan gambar lauk-pauk di Instagram dengan caption, “Alhamdulillah, selesai masak untuk suami tercinta. Menu hari ini: siakap tiga rasa, ketam bercili, sayur tak ada sebab suami tak makan sayur.”
Amboi, ni sebenarnya nak menunjuk skill pandai masak kan? Halus sungguh cara dia.
4. Asyik cerita pasal suami. Boringggg!
Mentang-mentang dia seorang sahaja yang kahwin dulu berbanding kawan lain, bukan main galak lagi dia bercerita sampai 5 jam lamanya. Mesti dia fikir cerita dia paling best. Padahal, dalam hati kawan-kawan dah menjerit nak suruh dia senyap.
5. Tak habis-habis suruh kawan kahwin cepat
Orang yang baru berkahwin ni biasanya masih mabuk asmara lagi. Semuanya nampak indah dan sempurna di mata mereka.
So, disebabkan rasa sayang kat kawan-kawan, dia pun suruh si kawan kahwin cepat supaya boleh merasa indahnya perkahwinan bersama-sama. Tapi dia tak sedar, banyak benda akan berubah dalam masa 5-10 tahun akan datang. Nasihat kami, jangan kahwin sebab terpengaruh dengan kawan.
6. Asyik nak berkepit 24/7
Sampaikan bila ada perjumpaan keluarga pun si suami dan isteri tak boleh nak berenggang. Psstt, janganlah tunjuk sangat kemesraan tu depan orang tua. Diorang lagi banyak pengalaman, tapi rilek je.
7. Bermanja depan kawan tanpa segan silu
Ini memang meluat. Dah la ajak kita keluar makan sekali, tapi dia laki bini dah macam belangkas, mata tak lepas pandang masing-masing. Lebih baik balik je.
8. Tak nak keluar jumpa kawan lagi
Dulu sanggup keluar sebulan sekali tengok wayang dengan bestfriends. Tapi sejak kahwin segalanya berubah.
Alasannya suami tak izinkan, tak biasa keluar tanpa suami, sibuk uruskan rumahtangga dan macam-macam lagi. Okay, yang ini melibatkan tanggungjawab seorang isteri mithali. Jadi, kita kena faham.
9. Tiap-tiap hari terlajak tidur
Kenapa terlajak tidur? Hanya mereka sahaja yang tahu.
10. Berbual dengan suami/isteri di Facebook
Okay yang ini kami mungkin takkan faham sampai bila-bila. Dah kahwin dan tinggal serumah kan? Tapi kenapa perlu lagi berbual berdua wall-to-wall di Facebook macam jejak kasih? Fahamilah wahai pasangan suami dan isteri, ini bukan sweet.
Ada juga perangai laki bini macam kat bawah ni. Kita punyalah risau takut diorang ada masalah besar, tapi sebenarnya tak ada apa pun. Ceh!
Agak-agaknya kalau kawan atau adik-beradik korang yang berperangai macam ni, apa yang korang buat?
Sumber: Oh My Media

10 Perkara Tak Best Kahwin Waktu Tengah Belajar, Nombor 7 Serius Kelakar



Zaman sekarang, kahwin sebelum tamat pengajian universiti bukanlah satu perkara yang asing. Ramai sudah bercakap tentang kelebihan kahwin muda atau kahwin waktu tengah study. Ada yang kata ia tidak menganggu pelajaran, malah pasanganlah yang menjadi pemangkin untuk lebih kuat berusaha dan meraih segulung ijazah. Wah!
Wanita bernama Iman yang baru sahaja bergraduasi bersama suaminya juga ada cerita tentang kahwin ketika masih menuntut di universiti. Tapi ini bukanlah kisah kahwin muda yang tipikal dan biasa kita dengar sebab dia bagi 10 benda tak best pasal kahwin time belajar. Tergelak kami baca apa yang dia listkan!
Anda Masih Mencari Photographer Untuk Majlis Nikah & Sanding
Click disini >>> Setia Picture Photography

Kena Buat Assignment, Study Untuk Dua Orang!


screen-shot-2016-11-08-at-1-05-20-am

screen-shot-2016-11-08-at-6-47-45-am

Jadi Personal Assistant

screen-shot-2016-11-08-at-1-04-33-am
screen-shot-2016-11-08-at-6-48-06-am

Tak Boleh Public Display Of Affection!

screen-shot-2016-11-08-at-1-05-45-am
screen-shot-2016-11-08-at-6-49-05-am

'Kita Lelaki, Jangan Pernah Guna Duit Perempuan'


Dulu, ayah aku pernah pesan. Kita lelaki jangan pernah gunakan duit orang perempuan termasuk ibu, adik atau kakak. Dulu-dulu pun kalau mak bagi duit belanja extra pun tak ambil sebab ayah dah bagi siap-siap awal minggu itu. Kalau nak minta duit extra mak, kena tanya dulu ada tak kerja yang boleh tolong atau tolong bibik untuk dapat upah. 

Kalau bercinta dan keluar dating, jangan pernah bagi perempuan keluarkan duit untuk bayar makan, beli apa-apa. Sebelum balik, bagi dia sedikit wang belanja. Bayar balik untuk duit tambang, minyak dan parking dia yang sudi datang berjumpa dengan kita. 

Anda Masih Mencari Photographer Untuk Majlis Nikah & Sanding
Click disini >>> Setia Picture Photography



Kalau sudah kahwin, jangan guna duit isteri. Sebaliknya bagi isteri duit setiap bulan untuk dia beli barang peribadi dan kehendak dia. Ini tak termasuk duit belanja dapur, itu lain. Bajet belanja bulanan tak boleh kira dengan income dari isteri. Itu duit dia dan suka hati dia pun nak buat apa. 

Walau jodoh tak berpanjangan, jangan terus membenci bekas isteri dan abaikan nafkah kewangan pada dia sebab dia pernah membahagiakan kita dan mengabdikan dirinya pada kita. Kalau sudah pernah ada anak bersama, selagi dia belum berkahwin baru, hulurlah wang belanja bulanan untuk dia. Juga hulurlah sedikit wang untuk bekas mertua dan anggaplah buat bayar kos sara hidup dan upah dia menjaga anak kita. 

Nafkah anak lain, bantuan untuk bekas isteri lain. Ini yang membezakan antara hak dan tanggungjawab. Nanti ada yang kata, 

"Kalau begini, bangkruplah aku,"

Wahai lelaki, percayalah pada rezeki Tuhan. Walau kau ikhlas berhabis untuk mak ayah, anak, isteri, mertua, Tuhan akan berikan lebih. 

"Jangan salah sangka kenapa lebihkan perempuan sebab lelaki tetap boleh hidup kalau campak dalam hutan," bak kata Waris. 

Oleh Carlos Rafael

Jangan Pernah Berhenti Untuk Mencintai dan Memperjuangkan Sesuatu , Kerana Tuhan Yang Akan Menentukan Akhirnya

Photo Asal  Zulkifli Idris Photography
Tidak ada yang tahu bagaimana akhir dari cerita ini, baik aku mahupun kamu. Semua sudah diputuskan dan ditakdirkan oleh Sang Pemilik Kehidupan. Namun apapun nanti akhirnya, aku tidak akan pernah berhenti mencintaimu dan memperjuangkanmu semampu yang aku bisa. Bagiku selama aku masih berjuang, percaya serta mencintai semuanya pasti akan terang suatu hari nanti. Dan semua perjuanganku itu tidak akan sia-sia. Yang kuperlukan hanya percaya pada keputusan-Nya dan tugasku cukup memperjuangkan dan terus mencintaimu.


Bagiku Hanya Perlu Memperjuangkanmu, Karena Jodoh Itu Rahasia Tuhan

Aku sama sekali tak tahu apakah benar-benar kamulah akhir bagiku, aku hanya masih berharap dan terus berharap bahwa itu memang terjadi. Apalagi aku sudah bersusah payah untuk memperjuangkanmu selama ini. Bukannya aku tak tulus atau tak ikhlas saat memperjuangkanmu. Tapi tentunya akan sangat membahagiakan buatku bahwa yang kuperjuangkan adalah akhir bagiku. Apalagi jodoh itu adalah rahasia Tuhan, jadi aku hanya perlu memperjuangkanmu dan yakin bahwa kamulah akhir bagiku.

Siapapun Akhir Bagiku Nantinya, Sekarang Dihatiku Hanya Ada Kamu Dan Aku Serius Denganmu

Entah dengan siapa aku akhirnya nanti, tapi yang pasti sekarang orang yang sedang aku perjuangkan adalah kamu. Dan kamu juga yang aku harapkan sebagai akhirku. Aku yakin keyakinanku terhadapmu akan membawamu dekat denganku dan benar-benar serius denganku sama seperti apa yang aku rasakan. Meskipun pasti jalan kita tidaklah mulus dan penih halangan, segalanya akan tetap baik-baik saja, dan punya akhir yang bahagia.

Anda Masih Mencari Photographer Untuk Majlis Nikah & Sanding

Oleh Sebab Itu hargailah Perasaan Yang Aku Miliki, Dan Perjuanganku Untuk

Jangan pernah menganggap seperti tiada apa-apa yang aku perjuangkan untukmu, semuanya benar-benar datang dari hatiku. Akupun juga berusaha untuk terus memperbaiki diri agar nantinya dapat lebih pantas ketika bersanding denganmu di pelaminan. Aku berharap jangan sampai aku yang terus berjuang tapi kamu malah yang menyerah dan memilih pergi. Semoga hubungan ini akan terus berlanjut hingga tahap akhir dan serisu bersama, dan tidak ada satupun dari kita yang akan berpaling.

Biar Tuhan Yang Menentukan, Dan Mari Kita Sama Berjuang. Saling Melengkapi Satu Sama Lain

Biarkan Tuhan yang menentukan dan memutuskan apa yang akan terjadi di masa depan, kita hanya perlu berjuang bersama dan saling melengkapi satu sama lain. Aku akan menutupi kekuranganmu dengan kelebihanku, begitupun sebaliknya. Sehingga semua masalah dan hambatan yang kita lalui juga akan terasa lebih muah. Kita saling membahagiakan satu sama lain dan saling menghormati, serta menghargai. Sehingga Tuhan pun pasti akan memberikan kesempatan dan peluang besar bagi kita bersama. Melihat bagaimana kita saling memiliki.

Tugasku Hanya Memperjuangkan dan Selalu Mencintaimu, dan Jika Akhirnya Kita Tak Bisa Bersama. Aku Tahu Aku Harus Merelakan Itu


Bagiku sekarang ini yang ada didepan mataku adalah kamu. Yang selalu aku pandang dan aku puja disetiap waktuku. Kamu adalah orang terbaik yang aku temukan dari ribuan orang yang berada disekitarku. Dan kamupun menanggapi perasaanku yang membuat aku bahagia dan mempunyai harapan begitu tinggi kepadamu. Namun tetap saja, aku tau bahwa itu semua tidak akan bisa menjamin apa-apa. Kita bisa saja berpisah karena suatu hal atau kita akan menyatu hingga tua nanti. Jujur saja, aku masih tak begitu peduli dengan siapa aku akhirnya. Yang kupedulikan sekarang adalah perjuanganku kepadamu dan juga komitmen kita berdua. Namun, jika seandainya Tuhan punya rencana lain bagi kita dan memisahkannya. Aku akan berusaha untuk menerima. Aku pun tidak akan menyesal menjadikanmu menjadi salah satu yang terbaik di dalam hatiku. Semoga kamu selalu bahagia baik denganku sekarang. Dan tetap denganku nanti. Hehe 

Kita Bernikah dahulu, Urusan Rumah, Harta, Kita Cari Bersama



Jangan  kamu pikirkan terlalu dalam masalah hidup kita nantinya, asalkan kita mempunyai niat di hati dan berusaha mencari nafkah, kita bersama-sama berusaha . Jangan menunda-nuda melakukan hal baik hanya kerana faktor. Apalagi kamu tahu dia bukanlah gadis yang akan menuntut banyak darimu. Tidak akan menuntut untuk mengadakan masjlis yang mewah untuk pernikahanmu,  tidak akan meminta mas kawin yang mahal dan berlebihan.Tidak akan menyusahkanmu dengan berbagai permintaan yang semakin membuat kamu ragu untuk melangkah ke gerbang pernikahan.

Dengan Pernikahan Kamu Memang Serius Menjalin Hubungan Denganku

Ada banyak pasangan yang begitu mudah putus ditengah jalan. Bukan kerana mereka tidak saling mencintai atau menyayangi satu sama lain, tapi lebih karena belum berani melangkah ke gerbang yang lebih tinggi yaitu pernikahan.Karena pernikahan bukan hanya terjalin antara 2 orang saja, namun satu keluarga dan tentu saja beban baik mental, ekonomi maupun fisik juga lebih meningkat. Sehingga ketika seseorang sudah siap mengatakan dan menjalin hubungan pernikahan tentu saja mereka sudah berpikir 100 hingga 1000 kali. Karena pernikahan bukan masalah sepele yang selesai hanya dengan mengucapkan ijab kabul saja. Oleh sebab itu jika kamu memang serius denganku dan menjalin hubungan ini denganku, maka jemputlah aku menjadi istrimu.

Apakah Kamu Tidak Segan Menambah Dosa Maksiat Itu Bersamaku

Walaupun kita berpacaran dengan cara yang baik, kamu pun tak pernah menyentuhku secara langsung. Tapi tetap saja saat bersamamu ada hasrat yang aku rasakan dan kamu tahu itu dan merasakannya pula. Aku hanya tidak ingin kita berlama-lama melakukan sesuatu yang bisa mengundang syahwat dan dosa sebelum kita benar-benar halal untuk melakukannya. Dan pernikahan adalah satu cara yang baik untuk menghalalkannya. Kita tak p[erlu lagi menahan segala nafsu yang kita punya bahkan menjadikannya pelebur dosa.

Anda Masih Mencari Photographer Untuk Majlis Nikah & Sanding
Click disini >>> ZackFahmie Photogrhaper

Orang Tuaku Sudah Sering Menanyakanmu

Bukan hanya aku saja yang ketar-ketir menunggu kapan kamu datang untuk melamarku. Namun orang tuaku juga sudah harap-harap cemas menunggumu. Mereka bahkan menanyakan kepadaku kapan tepatnya kamu datang bersama dengan orang tuamu dan mengatakan akan melamarku. Kamu harusnya mengerti bahwa aku adalah gadis yang dikhawatirkan oleh orang tuaku. Apalagi masalah kelanjutan masa depanku selanjutnya. Mereka pasti khawatir dan tidak segan untuk menjodohkanku dengan orang lain yang menurut mereka lebih baik, jika kamu tidak segera menunjukkan keseriusanmu kepadaku.

Jangan Khawatir Tentang Apa yang Akan Terjadi Selanjutnya, Karena Aku Pasti Berjuang Denganmu

Jika yang kamu khawatirkan tentang semua yang akan kita lewati setelah pernikahan kita, maka jangan kamu khawatirkan itu. Ada aku disini dan aku pasti membantumu sebisaku. Aku tidak akan berdiam diri dan hanya berpangku tangan serta marah-marah melihat kamu berjuang dan bekerja sendirian. Aku pasti membantu dengan segala hal yang aku bisa, dengan ilmu yang aku punya. Karena pernikahan bagiku bukan hanya menghalalkan suatu hubungan tapi juga berjuang untuk hidup. Apalagi kamu sudah mengajarkan tentang kesederhaan saat kita masih pacaran dulu. Kamu sudah menunjukkan perjuangan apa saja yang harus aku lakukan untuk membantumu.

Percayalah Dengan Pernikahan Bukan Akan Menambah Beban Ekonomimu, Tapi Malah Memperlancar Rezeki Kita

Dalam agama sudah dijelaskan bahwa pernikahan yang baik adalah salah satu cara untuk membuka rezeki kita, bahkan memperlancarnya. Jadi jangan kamu berpikir dengan menikah, bebanmu akan bertambah dan kamu harus mengurus ini dan itu. Malah dengan menikah kamu akan lebih bersemangat dalam bekerja, karena kamu sadar kamu sudah punya tanggung jawab sekarang. Bahkan kamu juga akan terlatih menjadi benar-benar dewasa, apalagi jika dalam hubungan kita nantinya akan ada buah hati kita berdua.

Tunngu Stabil Dulu , Baru Fikir Pasai Kahwin


Kebayakkan lelaki yang belum untuk meminang dan bertemu dengan keluarga si gadis kerana alasan kemampuan ekonomi. Merasa bebanan yang akan ditanggung dan kos perkahwinan yang sangat mahal untuk melangsukan pernikahan. Padahal yang membuat aggaran pernikah yang berlibihan itu adalah acara majlis yang berlebih dan semata-mata ingin dipandang orang. Sehingga banyak orang yang berpandangan untuk menikah itu memerlukan kos yang sangat mahal. Padahal yang wajibnya itu adalah terpenuhinya rukun dan syarat nikah, selebihnya adalah sunnah yang menghindarkan kita dari fitnah. Tapi kadang sunnah itu yang dijadikan keperluan dalam pernikahan. 

      Bila nak kahwin??
      A.    Duit tak cukup lagi.
      B.    Tunggu ekonomi stabil dulu.
s    C.     Nak balas jasa Mak Ayah dulu.
      D.    Belum start simpan duit lagi
      
Tidak ada agama di muka bumi ini yang membebani umatnya melebihi batas kemampuannya. Kadang kita sendiri yang mempersulit dengan sesuatu yang sebenarnya tidak harus dipersulit. Rasul Mencontohkan Agar membuat Majlis dengan hanya memotong kambing agar Jiran dan saudara  kita tau bahwa telah ada hubungan yang halal.

Bookin sekarang << Click Disini

Kemampuan Itu Relatif
Karena manusia memiliki nafsu dunia yang tidak akan pernah puas dan tidak ada tolok ukur pasti kemampuan seseorang. Setelah dapat yang satu ingin medapatkan lebih, begitu seterusnya. Dan dikhawatirkan pada saat dunia sudah dimiliki akan cenderung kepada perbuatan maksiat. Kalau punya uang banyak, sipa coba yang mau nolak

Kemampuan Sederhana Itu Romantis
Berjuang menuju puncak sendiri itu akan terasa berat, karena kurangnya motifasi dan dorogan . Beda halnya kalau ada sosok bidadari yang mendampingi dalam perjuangan, pasti akan nampak lebih indah. Seperti yang sering kita dengar 

Masalahnya kita terlalu khawatir akan kehidupan. Takut gak bisa ngasih makan lah, takut gak bisa ngasih rumah lah, takut ini dan itu. Kalau masih yakin dengan janji Allah, kenapa mesti ragu

Adakah Anda Masih Belum Bertemu JODOH?