5 Kos Tersembunyi dalam Perkahwinan Yang Perlu Anda Tahu


Bajet adalah salah satu bahagian yang paling sukar dalam perancangan perkahwinan.Terutama apabila terdapatnya banyak kos tersembunyi. Oleh itu, ada pakar-pakar kewangan seluruh negara membongkar peruntukan kewangan perkahwinan yang sering kali pengantin lupa untuk senaraikan dalam bajet. Antara yang tersembunyi itu seperti.

Kos Pra Perkahwinan
Menjadi satu ‘trending’ pada zaman kini iaitu mengadakan pra perkahwinan untuk majlis kahwin. Oleh sebab itu, pengantin harus senaraikan peruntukan bajet untuk pra perkahwinan ini. Kebiasaannya hanya mengambil gambar dengan busana-busana indah pengantin. Jadi kos di sini yang perlu diperuntukkan seperti upah juru foto dan penyewaan baju kahwin.

Rawatan Kecantikan
Tidak kira sama ada pengantin lelaki mahupun perempuan sudah tentu ingin kelihatan segak, cantik dan bergaya sempena majlis bahagia tersebut. Oleh itu, pastikan anda memperuntukkan bajet yang secukupnya untuk rawatan kecantikan. Kemudian pilihlah salun ataupun pusat rawatan spa yang memberikan perkhidmatan terbaik.


Anda Masih Mencari Photographer Untuk Majlis Nikah & Sanding
Click disini >>> Setia Picture Photography

Membayar Untuk Tempahan Bilik Hotel
Buat anda yang mengadakan majlis perkahwinan di hotel. Perlu beri perhatian untuk memperuntukkan bajet bagi mendaftar masuk dan menempah bilik tersebut. Ini kerana anda perlu menempah dewan hotel dan bilik untuk dua hari. Tujuannya adalah bagi menjamin anda untuk mendapatkan bilik yang anda suka. Tetapi, jika mempunyai keluarga yang agak besar sudah tentu anda perlu membayar untuk saudara mara dan adik beradik yang lain. Jadi peruntukan bajet yang lebih besar diperlukan.

Makanan Pada Hari Perkahwinan
Sama ada anda bersedia di rumah atau di sebuah hotel, pengapit dan kaum keluarga sudah tentu akan sentiasa bersama anda dalam setiap langkah perjalanan. Jangan biarkan mereka berada dalam keadaan kelaparan. Sediakan sarapan pagi atau hidangan sandwic. Jadi anda perlu memperuntukkan sejumlah bajet untuk makanan tersebut.

Pakaian Dan Aksesori
Simpan bajet pakaian anda untuk tambahan seperti kasut, tudung dan barangan kemas. Kemungkinan barangan tersebut harganya mahal tidak sama seperti yang anda rancang. Namun begitu, anda boleh mengurangkan kos dengan perhiasan tudung yang dipinjam daripada saudara mara.

Para Tetamu Yang Tidak Dijangka
Tidak dapat elak daripada menerima tetamu yang tidak dijangka. Ada yang membuat ‘RSVP’ dan ada yang tidak melakukannya. Namun, secara tiba-tiba hadir di majlis tersebut. Malah, sekiranya rakan anda itu sudah berkahwin, sudah tentu mereka akan membawa anak-anak untuk hadir ke majlis tersebut. Makanya, perkara ini tidak dapat dijangkakan oleh pengantin dan harus membuat tempahan makanan tambahan dan tetapan tempat.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Yakinlah ada sesuatu yang menantimu selepas banyak kesabaran yang kau jalani yang akan membuatmu tersenyum hingga kau lupa pedihnya rasa sakit.

Adakah Anda Masih Belum Bertemu JODOH?